NILAI, 16 Disember 2018– Seramai 94 orang pelajar hadir ke program One Whole Day on Developing Arabic Writing dan Comrehensive bertempat di Dewan Kuliah Sederhana 1.2, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP).

Program perkongsian ilmu ini disampaikan oleh Dr Ismael Y.A Abujarad  dan Dr Malek berkenaan cara penulisan dan pemahaman dalam Bahasa Arab. Hal ini sedikit sebanyak  membuka mata mahasiswa dan mahasiswi USIM tentang pentingnya Bahasa Arab. Melalui Bahasa Arab juga, kita boleh mengenali budaya Bangsa Arab yang gemar bernasyid dan bersajak.

Di dalam program ini, para peserta diperdengarkan alunan sajak dalam Bahasa Arab untuk pertama kalinya. Oleh itu, peserta dapat mempelajari tentang bait-bait dalam sajak Bahasa Arab berbanding Bahasa English dan mendapati bahawa pembacaan sajak dalam Bahasa Arab terdapat caranya yang tersendiri. Secara tidak langsung, peserta dapat memahami bait sajak tersebut dengan mudah. Selain daripada itu, pelajar juga diajak untuk bersama-sama mendalami dan menghafal hadis Rasulullah s.a.w di dalam program ini.

“Cara penyampaian yang santai, tetapi sampai tujuan program. Ini adalah satu peluang yang amat berharga untuk pelajar untuk meningkatkan kefahaman dalam Bahasa Arab sekali gus memperbaiki kemahiran dalam penulisan Bahasa Arab, dengan harapan mahasiswa USIM lebih memperaktikkan ilmu yang telah dipelajari bersama” ulas Musyirah, Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun 1 .

Disediakan oleh:
Musyirah,
Pelajar Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam tahun

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032