Majlis Graduasi Pensijilan BIMB-USIM raikan 40 penerima

NILAI, 13 Mac 2019 – Majlis Graduasi Pensijilan BIMB-USIM dianjurkn di USIM buat kali ke-3 tahun ini kali diurusetia oleh Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Seramai 40 orang peserta hadir dan dirai kejayaannya setelah berjaya lulus cemerlang menamatkan Program Pensijilan BIMB-USIM.

Menurut Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Musa Ahmad berkata, matlamat program adalah meningkatkan profesionalisme pegawai bank khususnya kepada mereka yang berada dalam sektor pentadbiran.

“Sejak permulaanya pada tahun 2015, sememangnya kami sangat berbesar hati kerana telah diamanahkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) untuk melatih empat kohort yang pertama dan hari ini detik bersejarah buat 40 penerima yang diraikan.”

Pada majlis tersebut, USIM menganugerahkan Anugerah Kumpulan Terbaik kepada 3 kumpulan manakala Anugerah Pelajar Terbaik diberikan kepada Farah Syuhada Ahmad Buniamin, 33 yang berasal dari Kuantan.

Beliau yang juga merupakan pelajar USIM berpengalaman bekerja selama 13 tahun di BIMB Cawangan Pekan berkongsi rahsia dalam berkhidmat sebagai pekerja bank persediaan mental dan fizikal perlu kental dalam menghadapi pelbagai risiko hari demi hari dan menganggap tanggungjawab dan amanah itu perlu dilaksanakan sebaiknya bagi memudahkan urusan orang lain.

“Bagi saya, pembelajaran ini tiada penghujungnya dan sijil ini diambil kerana ia adalah satu platform untuk saya mengasah bakat dan membuat penambahbaikkan dalam perkhidmatan di BIMB. Antara yang saya pelajari bukan sahaja ilmu pengetahuan tetapi meningkatkan kemahiran berkomunikasi untuk berhadapan dengan pelanggan”, katanya lagi yang telah pun mempunyai Ijazah dalam Pengajian Perniagaan.

Sementara itu, CEO di BIMB, Encik Muhammad Muazzam Mohamed berkata pembelajaran adalah perjalanan yang tidak pernah berakhir.

“Pencapaian penerima sememangnya memberi inspirasi. Walaupun Bank terus menyediakan platform pembelajaran kepada semua pekerja, tanggungjawab sebagai pekerja untuk membangunkan kemahiran dan membina kecekapan untuk pembangunan masa hadapan dan sumbangan berterusan kepada Bank,” ujarnya.

“Bagi menghadapi cabaran di hadapan, kita perlu memastikan diri kita dilengkapi dengan pelbagai kemahiran baharu. Dalam pada itu, beliau berharap mereka yang bergraduasi dapat menjadi ejen perubahan yang terbaik bagi merealisasikan visi dan misi yang telah dihasratkan,” tambahnya mengakhiri ucapan.

Disediakan oleh
Syazwani Abd Manaf
Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032

2019-03-15T16:38:22+00:00