KUALA LUMPUR, 12 Jun 2022 – Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) ‘berkampung’ di  Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang diadakan bermula 3 hingga 12 Jun 2022. Kemeriahan pesta buku ini dapat dirasai kerana dianggarkan seramai 1.25 juta pengunjung telah hadir sepanjang 10 hari PABKL ini berlangsung.

Dua Majlis Pelancaran Buku telah diadakan sepanjang PABKL berlangsung iaitu pelancaran buku Haji dan Umrah: Pasca Pandemik yang dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti YB Senator Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Manakala sebanyak 9 buah buku berkisarkan Norma Baharu: Pandemik Covid-19 pula dilancarkan oleh Prof Ts. Dr Sharifudin Md Shaarani (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor.

Beberapa aktiviti promosi dijalankan di reruai MAPIM antaranya adalah Segmen Biar Buku Bicara, 15 Minit Buku Den dan Shoppe Live.

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan