Program Bootcamp Duta Jauhar 5.0 capai matlamat

MERSING, JOHOR, 5 Mac 2018 – Seramai 7 orang daripada 15 orang ahli kumpulan Duta Jauhar USIM 5.0 telah menyertai Bootcamp Duta Jauhar 5.0 pada 1 hingga 5 Mac 2018 bertempat di Pusat Kecemerlangan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing.

Program yang berlangsung selama 5 hari 4 malam ini berjaya mengumpulkan kesemua 25 kumpulan Duta Jauhar 5.0 yang terpilih bagi Siri 5/2018 tahun ini. Program ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk memberikan lebih kefahaman kepada para peserta Duta Jauhar 5.0 mengenai matlamat yang ditetapkan agar setiap projek menjerumus kearah Keusahawanan Sosial dan National Blue Ocean Strategy (NBOS).

Modul pembelajaran yang diterapkan dalam program ini juga lebih padat dengan aktiviti berkumpulan dan perbincangan kumpulan. Antara pengisianya yang diterapkan ialah berkaitan Social Entrepreneur Project, Business Model Canvas (BMC), Strenght Weakness Opportunity Threat (SWOT Analysis), UN Sustainable Development Goals dan banyak lagi. Para peserta juga di ajar cara kemahiran berkomunikasi agar mereka lebih nampak berkeyakinan apabila berhadapan dengan seseorang.

Menurut salah seorang peserta yang juga peserta terbaik dan menerima piala penghargaan dari Yayasan Pelajaran Johor, Fatin Farahani, 23, dari Fakulti Ekonomi & Muamalat, ilmu keusahawanan ialah ilmu untuk jangka masa panjang. Dari segi sosial dan keusahawanan kedua-duanya dapat mengajar supaya lebih rasa sifat empati kepada persekitaran dan pengurusan yang lebih komprehensif. Melalui program ini juga kami dapat berfikir secara kreatif dalam mencipta sesuatu yang baharu.

Majlis penutupan Bootcamp Duta Jauhar 5.0 telah dirasmikan oleh Tuan Hj. Mohd Nasir bin Abd Salim, Pegawai Daerah Mersing.

 

Disediakan oleh:
Nurul afifah
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204

 

 

 

2018-03-09T14:59:24+00:00