NILAI, 20 Jul 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) tahun ini disambut pada syawal 26 dengan kehadiran 1500 tetamu yang berkunjung bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Diurusetiakan oleh Badan Kebajikan dan Kakitangan (BKK) USIM,majlis bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Dewan Tuanku Canselor dengan lebih 23 gerai yang disediakan oleh pelbagai Jabatan antaranya Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sate, Kuih Muih, Laksa, Cendol, Nasi Briyani, Buah-buahan, Nasi Dagang, Bihun Sup dan Nasi Arab.

Pada majlis ini, Universiti turut menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada 55 kakitangan yang bertugas semasa Hari Raya Aidilfitri yang terdiri dari Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti.

Turut diadakan penyampaian hadiah kepada gerai paling Islamik yang dimenangi oleh Jabatan Perpustakaan, gerai paling kreatif dan inovatif pula dimenangi oleh Jabatan pembangunan dan Pengurusan fasiliti manakala gerai paling popular dimenangi oleh Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Majlis turut menyampaikan hadiah kepada penampilan menarik kategori Ketua Jabatan yang dimenangi oleh Prof. Madya Dr Wan Abdul Fattah Wan Ismail, kategori staf lelaki pula dimenangi oleh Borhanuddin Mehat dan staf wanita dimenangi oleh Puvaneswary A/P Tanggayah. Bagi staf antarabangsa pula dimenangi oleh Prof. Madya Dr. Zainidin Eshkuvatov dan pasangan sedondon pula dimenangi oleh pasangan suami isteri Kamarul Shah Kashah  dan Noor Jannah Noorzan.

Majlis kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu iaitu rakan strategik USIM dan Media yang bekerjasama dengan USIM selama ini antaranya Pusat-Pusat Perbankan, Jabatan Bomba, dan Polis. Turut hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Ab Razak, Naib Canselor USIM Prof Dato’ Dr Musa Ahmad dan Ahli Pengurusan Tertinggi Universiti.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204