NILAI, 3 November 2022- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima lawatan kira-kira 41 orang peserta Kursus Residency Knowledge for Change Mentor Training Program (UNESCO K4C MTP) anjuran Pusat Penyelidikan Mizan, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM menerusi Mizan K4C Hub dengan kerjasama UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility of Higher Education dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang bermula pada 30 Oktober 2022 hingga 6 November 2022.

Lawatan yang mengambil tempat di Panggung Seni Pusat Kebudayaan USIM berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran peserta diiringi paluan kompang serta dijamu dengan pelbagai hidangan tempatan dan tradisional Malaysia selain dihiburkan dengan persembahan Dikir Barat oleh artis Pusat Kebudayaan USIM. Sempat diperkenalkan dengan busana-busana tradisional Negeri Sembilan, peserta UNESCO K4C MTP juga tidak melepaskan peluang mencuba dan bergambar dengan mengenakan perhiasan tradisional yang disediakan.

Hadir sama dalam di majlis tersebut adalah UNESCO Chair in Community Based Research and Social Responsibility in Higher Education Prof. Emeritus Dr. Budd Hall, Ketua Projek Mizan FKP USIM Prof Madya Dr. Mahazan Abdul Mutalib serta Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Ismail Ahmed.

Disediakan oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan