NILAI, 1 Jun 2020 – Menyambut Hari Raya selepas sehari tamat tempoh kuarantin Covid-19 merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Mohd Shafwan Eiqhmal Saperdin yang merupakan salah seorang pelajar berasal dari Ranau yang terkandas di kampus USIM bermula 18 Mac kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
”Saya dan rakan-rakan lain yang tinggal di Sabah majoritinya memilih untuk kuarantin diri selepas pulang dari Semenanjung Malaysia di pusat kuarantin di telah ditetapkan iaitu di Asrama Linawa, Kompleks Sukan Ranau. Apabila kami sudah disahkan negatif melalui ujian swab yang telah dijalankan, kami diberikan kebenaran untuk menyambung baki kuarantin di rumah masing-masing dengan diberikan gelang khas dari Pejabat Kesihatan”.
”Walaupun tidak boleh untuk keluar balik ke kampung di dalam kawasan daerah yang sama dan hanya menyambut Aidilfitri di rumah sendiri sahaja, namun itu bukanlah alasan untuk menjadikan suasana Aidilfitri ’hilang serinya’. Beliau masih memakai baju melayu, membersih dan menghias rumah dengan perhiasan raya walaupun beraya di dalam rumah sahaja”, ujar shafwan yang merupakan pelajar Tahun Pertama Pengajian Quran dan Sunnah.
Bagi Nusaibah Azhar pelajar Tahun Kedua Pengajian Bahasa Arab dan Komunikasi pula, sambutan kali ini sama dan tiada beza dari tahun sebelumnya. Mereka beraya di rumah nenek yang berada di daerah yang sama dengan mematuhi norma baharu iaitu memakai penutup muka, menjaga jarak, dan menggunakan hand sanitizer. Beliau juga hanya menggunakan teknologi panggilan secara maya atau video call bersama saudara yang lain dan sahabat handai untuk melepaskan rindu dan dapat melihat wajah mereka sudah memadai baginya.
Bagi alumni USIM yang menyambut aidilfitri di Ishikawa Jepun, Riza Asma’a Saari yang mengambil jurusan Material Chemistry, Polymer Science ini merupakan tahun kedua beraya tanpa keluarga di sisi. Namun suasana raya tetap disambut bersama suami dan anak sulongnya bersama rakan-rakan di Jepun.
”Walaupun kadar jangkitan tinggi berbanding Malaysia, namun kebanyakkan rakyat Jepun masih meneruskan rutin bekerja dan ke makmal dengan langkah-langkah pencegahan yang ketat seperti topeng muka perlu dipakai sentiasa, hand sanitizer di sediakan disetiap pintu masuk & lif. Amalan kurangkan bercakap di dalam lif, serta kekalkn jarak antara satu sama lain”.
Terharu kerana masih berkesempatan meraikan sambutan raya kerana perintah darurat di Hiroshima berakhir sebelum umat Islam menyambut Hari Raya. Luahan Nurhidayah Syahira Binti Muhammad Radzi yang menyambut aidilfitri di perantauan bersama suaminya yang juga alumni USIM.
”Ada rakan yang menjual kuih raya tart nenas, jadi terubat la rindu suasana aidilfitri di Malaysia” tambah hidayah lagi.
”Kami pergi ke Saijo untuk menunaikan solat aidilfitri di Hiroshima Islamic Cultural Center (HICC) dengan prosedur keselamatan yang rapi, bertukar juadah raya dan menyediakan menu ’potluck’ bersama rakan-rakan dari Malaysia dan Indonesia.
”Kami bersyukur sangat dapat bantuan kewangan dan bekalan mask dari kerajaan Jepun dan Kedutaan Malaysia. Saya berharap pandemik Covid 19 ini berakhir, dan sekatan kemasukan antarabangsa dapat segera dibuka semula agar kawan-kawan saya yang terkandas di negara masing-masing dapat kembali ke sini untuk sambung pengajian dan kami dapat pulang ke Malaysia pada September ini”.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan