NILAI, 2 Mei 2023 – Seramai 1000 orang Jemaah dari seluruh Negeri Sembilan telah menghadiri Kursus Perdana Haji (KPH) bagi musim haji 1444H/2023M peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama dua hari bermula 29- 30 April 2023 di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM.
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Muhammad Nahar Mohd Sidek, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Tuan Haji Nurrianuwar Sgamsuddin, Pengurus Besar Pengurusan Haji, Lembaga Tabung Haji, Tuan Haji Khairoddin Ahmad, Pengarah Wilayah Selatan, Lembaga Tabung Haji dan Tuan Haji Muhammad Zaki Haji Baijuri, Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan.
Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sembilan serta Lembaga Tabung Haji Negeri Sembilan kerana telah memilih USIM sebagai lokasi penganjuran KPH untuk tahun 2023.
“Tidak lupa kepada Pusat Islam, Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti (JPPF), Pusat Kesihatan Universiti, & SCIROSH USIM yang turut bertungkus lumus bagi memastikan kursus selama 2 hari ini berjalan dengan lancar. Penganjuran KPH ini amat bermakna buat kami warga USIM khususnya dalam mempertingkatkan keterlihatan (visibility) USIM dikalangan masyarakat Negeri Sembilan”, ujar beliau lagi.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan