Putrajaya, 24 September 2010 – YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kehormat) Ekonomi & Pentadbiran Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anugerah tersebut disampaikan oleh Canselor USIM, Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dalam Majlis Konvokesyen Khas USIM yang diadakan di PICC Putrajaya pada 24 September 2010.

Penganugerahan itu bertujuan mengiktiraf sumbangan beliau terhadap perkembangan ekonomi Islam serta peranannya mengangkat sistem kewangan Islam dipersada antarabangsa disamping meletakkan Malaysia sebagai hab kewangan Islam.

Selain itu, sumbangan Tun dalam bidang pembangunan Islam di Malaysia juga tidak dapat dinafikan. Antaranya Tun Mahathir adalah perintis kepada penubuhan Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat Malaysia, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Muzium Kesenian Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Atas jasa dan warisan bakti ini, USIM berbesar hati dan mengucapkan jutaan tahniah kepada YABhg Tun atas penganugerah ini.

Oleh :
Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi Korporat
pwartawan@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8027/8028