NILAI, 8 November 2019 – Mengambil inisiatif dan bertindak sebagai universiti yang caknakan isu masyarakat, USIM jalin kerjasama dengan Masjid Dato’ Klana Petra Putra Nilai melalui Memorandum Persefahaman (MOU) dan Pelancaran Souq Hurrah bertempat di Dewan Masjid Dato’ Klana Petra Putra Nilai.

Program ini turut disokong padu oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. USIM yang diterajui oleh Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri secara komited merancang kelancaran perjalanan menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan Pelancaran Souq Hurrah agar berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Penganjuran program ini adalah sebagai tanda cakna USIM kepada masyarakat yang mensasarkan untuk menjadi universiti nombor satu di hati dan minda masyarakat khususnya masyarakat di Nilai. Di samping sebagai sebuah IPT yang berperanan dalam membantu usaha kerajaan negeri dalam memperkasakan ekonomi, agama dan bahasa khususnya kepada komuniti melayu Islam di Nilai melalui konsep memasyarakatkan universiti.

Majlis juga turut menyerahkan sumbangan kepada 20 keluarga asnaf di sekitar Nilai.

 Saya berharap agar isu-isu atau cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada masyarakat Negeri Sembilan dengan penglibatan USIM melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) dengan sokongan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Untuk komuniti Nilai, USIM boleh bekerjasama bersama Masjid Dato’ Klana Petra Putra Nilai. InshaAllah kita boleh bergabung bagi membanteras isu-isu ini bagi meningkatkan keharmonian Negeri Sembilan”, ujar Profesor Dr Mohamed Ridza Wahiddin, Naib Canselor USIM

Masyarakat Nilai boleh memberikan sumbangan keperluan asas di rak souq hurrah yang disediakan di Masjid Dato’ Klana Petra Putra Nilai dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian umum Pejabat Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) USIM di 06-798 8155 atau layari laman Facebook : Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri USIM atau website : http://plmji.usim.edu.my

 

Disediakan oleh:
Mohd Saifullah Zulkapli
Pejabat Naib Canselor
Aras 5, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan