TANJUNG MALIM, 30 Oktober 2018 – Tampil dengan taruhan vokal dan elemen fusion iaitu gabungan muzik tradisonal dan moden dengan mengekalkan gubahan lagu asal menjadi tarikan juri apabila Kumpulan The Bachelors Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan Rentak Bitara Terbuka Universiti Awam Malaysia 2018. Pertandingan yang bertemakan “Mash -Up Juara-juara Lagu” membawa tuah kepada USIM apabila turut memenangi anugerah vokalis terbaik. Program anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
Penyanyi utama kumpulan Bachelors, Saiful Anwar Malik dan Rahimi Rezaf turut mengulas bahawa elemen alat muzik tradisi Cak Lempong mengiringi persembahan mereka merupakan salah satu keunikan yang ingin ditonjolkan dalam persembahan pada kali ini .” Mereka menerima hadiah wang tunai RM3000.00 beserta piala iringan dan sijil.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat Naib Johan dan memenangi anugerah Gitaris Terbaik dengan persembahan lagu Mimpi Laila dan Tanya Sama Itu Hud Hud dengan diiringi hadiah wang tunai RM1,500.00 piala iringan beserta sijil. Sementara itu Universiti Malaya mendapat tempat ketiga dengan dendangan lagu Apa Khabar dan Janji Manismu turut memenangi Bassist Terbaik dengan membawa pulang wan tunai RM1,000.00 piala iringan beserta sijil.
Ketua Kumpulan The Bachelors USIM Hizami Afrizal berkata, “pertandingan ini amat menguji kemampuan kami kerana semua kumpulan yang bertanding mempunyai kehebatan masing-masing dan terserlah kekuatan mereka dari segala aspek. Kami mengambil masa dua minggu untuk menjalani latihan kerana ada di kami yang sedang menyiapkan projek tahun akhir”. Beliau turut menambah bahawa kumpulan tersebut dibimbing oleh Tenaga Pengajar Seni Budaya Pusat Kebudayaan Izmer Khasbullah untuk gubahan lagu dan Razaidy Abd Razak jurulatih muzik tradisional.
Sejumlah lapan kumpulan Universiti Awam berentap di peringkat saringan iaitu Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Putra Malaysia dan hanya enam kumpulan UA yang terplilih sebagai finalis.
Pengarah Pusat Kebudayaan, Ismail Ahmed berkata “pencapaian mereka pada kali benar-benar memberi impak kerana sudah lima tahun USIM tidak menyertai pertandingan ini dan alhamdulillah ini adalah buah tangan terbaik USIM.
“Kumpulan muzik yang bertanding memahami kompisisi dan gubahan serta memenuhi konsep persembahan mash-up. Pada kali ini mereka memberikan hasil yang baik dan menunjukkan kreativiti tersendiri dan berani mencuba untuk menjadikan persembahan lebih menarik.” Ujar Nizam Atan salah seorang juri pertandingan peringkat akhir.
UPSI sebagai penganjur menyatakan bahawa lagu-agu Juara Lagu dipilih kerana yakin bahawa peserta semakin menunjukkan peningkatan dan menyifatkan persembahan yang dibawa peserta menampakkan kematangan dan mereka lebih bersedia. Penganjuran Rentak Bitara ini memasuki tahun ke lapan dan mendapat sambutan positif dari semua peserta.
Pertandingan peringkat akhir Rentak Bitara peringkat akhir diadili oleh mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam industri muzik tanah air iaitu Aznan Alias, Ahmad Firdaus Mahmud, Nizam Atan dan Hishamudin Hassan.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Prof Madya Md Amin Md Taff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni) UPSI diiringi Pengarah Pusat kebudayaan Nurfaizal Fariz Sahdan. Hampir 500 penonton hadir mrnyaksikan pertandingan tersebut yang diadakan di Dataran Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah proton City UPSI Tanjung Malim Perak.
Disediakan oleh:
Rozihani Mohamad
Pusat Kebudayaan USIM
Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032