Tahniah diucapkan kepada Puan Madihah Mohd Saudi, Pensyarah Fakulti Sains & Teknologi kerana telah memenangi empat pingat di pameran British Invention Show, London, Britain pada 15 hingga 18 oktober 2008 yang lalu.

Sebanyak empat penyelidikan diketengahkan dan keempat-empat penyelidikan dikurniakan anugerah. Penyelidikan tersebut adalah ECOVP – Efficient Control of Virus Propagation memenangi pingat emas, E-JAWI – JAWI Character Recognition Tool, memenangi pingat emas, EDOWA – Efficient Detection of Worms Attack, memenangi pingat perak dan EDVITA – Efficient Defensive from Virus Infection through Apotosis, memenangi pingat perak.

Menurut Madihah, pameran sebegini merupakan titik permulaan kepada penyelidik-penyelidik untuk mengetengahkan penyelidikan mereka dan ianya juga sebagai penanda aras samada penyelidikan mereka boleh digunapakai dan menepati standard serta kehendak industri dan masyarakat.

Oleh :
Unit Perhubungan Awam
pro@usim.edu.my