NILAI, 19 Februari 2021 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) telah mengambil inisiatif bagi menyalurkan bantuan Komputer Riba kepada pelajar B40 melalui Projek Penjanaan Sumber Awam (Crowd Sourcing) yang telah dilancarkan oleh Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun lepas.

Melalui projek ini ia membuka peluang kepada staf, masyarakat awam atau mana-mana penyumbang sama ada individu atau institusi korporat untuk menyumbang kepada golongan sasaran. Kali ini bentuk sumbangan yang dijalankan adalah berupa komputer riba terpakai yang masih dalam keadaan baik, peralatan komputer (spare parts) untuk tambahbaik, serta wang tunai yang boleh disalurkan melalui portal jominfaq.usim.edu.my.

Menurut Pengarah PWZ Prof Dr Zurina Shafii, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara pada bulan Mac tahun 2020 sehingga kini, proses Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan secara atas talian.

USIM melalui Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) telah berusaha memastikan proses PdP berjalan dengan baik dengan memperuntukkan bantuan dan sumbangan kepada pelajar dalam kalangan B-40 dan asnaf melalui sumber zakat dan Tabung COVID-19 USIM iaitu: Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM100 seorang) kepada 4,517 orang pelajar yang melibatkan peruntukan zakat sebanyak RM451,700.00. Bantuan Data Internet Pelajar B40 USIM (RM114 seorang) kepada 26 orang pelajar yang melibatkan peruntukan daripada Tabung COVID-19 USIM sebanyak RM2,964.00

“Menurut kajian dan soal selidik yang dijalankan, pelajar baharu USIM terutama dalam kalangan B-40 tidak mempunyai komputer riba. Bagi memastikan pembelajaran mereka tidak menghadapi masalah untuk menjalankan sesi PdP secara dalam talian, pelajar-pelajar ini perlu dibantu melalui projek crowdfunding/crowdsourcing”.

“Fasa pertama bantuan komputer riba ini disasarkan untuk diagihkan kepada 194 orang pelajar baharu USIM dalam kalangan B40 dengan sasaran sumbangan wang tunai sebanyak RM50,000.00”.

Prof Dr Zurina menambah lagi, setakat ini sebanyak 15 unit komputer riba dan Ipad telah disumbangkan oleh penyumbang, dan sebanyak 4 unit komputer riba yang disumbangkan oleh Yayasan Maghfirah telah diserahkan kepada pelajar Tahun satu yang terpilih. Selain itu, seramai 86 orang telah menyumbang secara tunai kepada projek ini melalui portal jominfaq.usim.edu.my.

“PWZ sangat berbesar hati, dan mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang PWZ, lsaya harap ebih ramai lagi warga USIM, individu serta pihak korporat tampil untuk bekerjasama membantu kecemerlangan pelajar USIM ini”, ujarnya.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan

 


Nurul Aliana binti Mohd Hanafi, Fakulti Syariah dan Undang-undang


Auni Izzati Husna binti Saadun, Fakulti Ekonomi dan Muamalat


Saidatul Adawiyah binti Zulkifli, Fakulti Pengajian Quran Sunnah


Muhammad Syahmi b. Mohd Kamaluddin, Fakulti Pengajian Bahasa Utama