JITRA, 1 September 2018- Penganjuran Program Jelajah USIM 2018 : USIM Street Dakwah (USD) @ Jitra Kedah merupakan kesinambungan program yang diterajui Pusat Kebudayan USIM sejak 2010. Kali ini dua Dun telah dipilih iaitu Dun Jitra dan Dun Kubang Rotan untuk menjalankan USD di Negeri Kedah.

Program kali ini mengekalkan elemen Seni Berbudaya dengan mengenegahkan tiga aspek utama iaitu Sharing Knowledge, Sharing Awareness dan Community Engagement dan telah dikelolakan oleh 35 orang Urusetia Kesenian Pelajar USIM dengan membawa pendekatan santai melalui medium seni budaya kepada golongan sasar iaitu komuniti, sekolah, kampung dan bandar.

Menurut Pofesor Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni USIM, ia merupakan salah satu platform untuk menyampaikan dakwah, ilmu dan mesej yang bermanfaat kepada komuniti. Ini juga secara tidak langsung mewujudkan interaksi antara pihak universiti dengan masyarakat seterusnya dapat menyumbang dalam pembudayaan ilmu.

”Selain itu, USIM turut komited dalam melahirkan graduan kompetitif sebagai sebahagian dalam memenuhi keperluan sumber manusia dan ummah. Saya melihat pengisian yang disediakan Pusat Kebudayaan seperti program anak angkat, santai masakan ibu, sukan rakyat, kelas rakan seni berbudaya dan USIM Street Dakwah ini dapat membantu mahasiswa mengenal potensi diri dalam pembentukan jati diri dalam menyumbang kepada pembangunan masyarakat”.

”Sebanyak empat buah sekolah telah menyertai program selama empat hari ini, antaranya Sekolah Kebangsaan Jitra, Sekolah Kebangsaan Seri Banai, Sekolah Menengah Bandar Baru Darul Aman dan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin”.

Tambahnya lagi, dalam usaha melahirkan graduan bersifat holistik dan berdaya saing, setiap pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran insaniah seperti kemahiran komunikasi, keusahawanan dan pemikiran kreatif. Semua kemahiran ini merupakan nilai tambah dalam diri kebolehpasaran graduan dengan penyertaan progam sebegini. Program kali ini istimewa dengan penglibatan pelajar antrabangsa dari USIM yang turut sama merasai budaya dan seni rakyat Malaysia.

Perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Halimaton Saadiah Saad, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam. Majlis turut diserikan dengan Manifestasi Kesenian Pelajar yang dipersembahkan oleh pelajar sekolah yang terlibat dengan 13 Genre Kesenian hasil daripada tunjuk ajar daripada Kelas Rakan Seni Berbudaya.

Turut hadir sama pada program itu ialah Encik Ismail Ahmed, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Encik Hasanuddin Samsudin, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah dan Encik Ku Iskandar Ku Saad, Setiausaha Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

 

Disediakan oleh:
Muhammad Shahrul Naim Mohd Tokiman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/78629/78620 Faks : 06-798 8032