LONDON, 11 Mei 2023 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah mempertingkat kepakaran serta memperkukuhkan kerjasama dengan University of Gloucestershire (UOG) dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam.
Menurut Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifuddin Md Shaarani, kerjasama yang diterajui oleh Fakulti Ekonomi Muamalat (FEM) ini adalah susulan penyertaan program United Kingdom Higher Education Collaboration Enrichment Programme (MY-UK HECEP) 2022 yang berlangsung di London pada bulan September tahun lalu.
“Dalam kerjasama ini, pihak UOG menawarkan mobiliti kepada Pensyarah FEM untuk mengajar kursus dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di UOG sama ada secara dalam talian dan fizikal, disamping kerjasama lain meliputi bidang penyelidikan , penerbitan serta pertukaran kakitangan dan pelajar”, ujarnya lagi.
Pertemuan rasmi delegasi USIM dan UOG turut dihadiri YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi.
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan