USIM menandatangani Ikrar Bebas Rasuah
NILAI, 31 Oktober 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyahut inisiatif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada baru-baru ini. Majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh USIM disertai oleh sekitar 67 orang kakitangan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, Timbalan Ketua Jabatan dan Pegawai Kanan Universiti. [...]