Prof Dr. Mohd Radhi Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Baharu USIM
NILAI, 21 Jun 2021 - Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr. Mohd Radhi Ibrahim, telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) baharu USIM bagi tempoh tiga tahun bermula 15 Jun 2021 hingga 14 Jun 2024 menggantikan Profesor Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman yang telah tamat lantikan. Pelantikan beliau [...]