Membangunkan budaya intelektual menerusi Kumpulan Jemaah Profesor

Budaya, dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/) bermaksud memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju. Intelektual pula merujuk kepada golongan terpelajar yang kemampuan yang tinggi untuk berfikir. Maka, budaya intelektual terkait dengan tradisi ilmu dengan akal budi pada aras tinggi. Maka, seharusnya budaya intelektual jemaah profesor sebuah [...]

By |2020-01-23T20:02:07+08:00Januari 21st, 2020|In our words|

Sumbangan pelajar USIM kepada masyarakat setempat

Masyarakat dalam konteks Islam ialah gabungan manusia yang diwujudkan atas ikatan syariah rabbani yang bermatlamatkan kehidupan yang sejahtera serta aman damai. Masyarakat Islam juga merangkumi keseluruhan hubungan kemasyarakatan yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh itu, masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam, mengamalkan ajaran Islam dan saling [...]

By |2020-01-20T23:24:47+08:00Januari 16th, 2020|In our words|

Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli Asas Kembalikan Kegemilangan Islam

Bersemuka dengan insan yang dinobatkan sebagai 500 muslim paling berpengaruh di dunia sejak 2010 membawa perasaan yang bercampur baur. Teruja, tertanya-tanya bagaimanakah beliau menyampaikan ceramah dan bagaimanakah beliau mengupas persoalan Islam dan Sains yang merupakan tajuk ceramah umum di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini pastinya persoalan yang turut [...]

By |2020-01-07T17:09:40+08:00Januari 7th, 2020|In our words|

Universiti inklusif menjelang 2020

Mewujudkan kesamarataan, kepelbagaian dan inklusif (Equality, Diversity and Inclusive) menjadi satu tugas baharu yang perlu digalas sebagai sebuah Institusi Pendidikan dengan antaranya menyediakan program pengajian formal mahupun yang bukan formal (menerusi pengajian sepanjang hayat) kepada semua lapisan masyarakat. Dalam meraikan kepelbagaian kehendak, idea, memberi hak kesamarataan, dan memenuhi keperluan semua, [...]

By |2019-12-31T13:48:17+08:00Disember 31st, 2019|In our words|

Menyediakan roadmap USIM sebagai universiti glokal

Ramai sekali yang memperkatakan dan menggunakan perkataan “glokal” suatu masa lalu di Malaysia. Namun hari ini tidak lagi. Bukan lagi terma yang popular apabila “glokal” jarang dijadikan tunjang slogan, visi, iklan atau sebarang bentuk promosi. Namun, bukan popularitinya yang kita debatkan, kerana yang baik belum tentu popular dan mungkin pudar [...]

By |2020-01-20T23:04:17+08:00Disember 27th, 2019|In our words|

Menghargai ketepatan masa

Masa berdetik setiap saat dan diukur oleh jam. Itu sifat jelas masa mengikut Albert Einstein. Sesuatu yang sangat menarik tentang masa ialah ketidakupayaan kita untuk mengundurkan masa, mahupun memohon supaya masa hadapan dipercepatkan. Perkara yang lalu dipanggil sejarah, yang berlaku sekarang ialah masa kini dan masa hadapan adalah apa yang [...]

By |2020-01-20T23:15:00+08:00Disember 17th, 2019|In our words|

Bestari diri, Alam lestari

Apakah pandangan kita pada apa yang berlaku di Sungai Kim Kim? Sejauh mana keprihatinan kita kepada isu pembalakan yang berleluasa, masyarakat yang ditindas di tanah air sendiri seperti di Palestin, Syria, Yaman, Rohingya dan Uighur? Apakah yang sedang melanda dunia kita? Siapakah yang bertanggungjawab dalam kerosakan alam [...]

By |2019-12-09T17:08:30+08:00Disember 9th, 2019|In our words|

Perpustakaan untuk masyarakat

Apabila bercakap soal minat membaca dalam kalangan masyarakat, kita dapat membayangkan beberapa negara yang terkenal dengan rakyatnya yang suka membaca. Kajian John Miller iaitu presiden Central Connecticut State University di New Britain misalnya mendapati Finland adalah negara yang mempunyai minat membaca tertinggi, diikuti dengan Norway, Iceland, Denmark dan Sweden. [...]

By |2020-01-23T20:48:38+08:00Disember 4th, 2019|In our words|

Beri peluang pekerjaan pada graduan

Tahniah kepada semua graduan yang kini sedang meraikan dan menghadiri proses konvokesyen di tempat pengajian masing-masing. Sudah pasti objektif utama yang sedang difikirkan oleh semua graduan selepas selesai tamat proses pengajian dan konvokesyen mereka kini ialah mencari peluang-peluang pekerjaan serta menjana pendapatan mereka sendiri serta buat keluarga mereka. Graduan juga [...]

By |2020-08-12T16:55:30+08:00November 29th, 2019|In our words|

Melahirkan graduan kewangan Islam seiring kehendak industri

Bidang muamalat secara umumnya dan kewangan Islam secara khususnya telah berkembang pesat sejajar dengan halatuju dan inisiatif yang telah dimainkan oleh pihak kerajaan yang melibatkan pelbagai usaha dari pihak institusi pengajian tinggi, Bank Negara Malaysia serta institusI-institusi perbankan dan kewangan Islam di negara ini. Perkembangan pesat ini bukan sahaja membawa [...]

By |2019-11-28T08:52:26+08:00November 28th, 2019|In our words|
Go to Top