Q-CaT Kit Tingkat Kesedaran dan Kemahiran Orang Awam Lakukan CPR
NILAI- Berikutan kurangnya kesedaran dan kemahiran dalam melakukan bantuan kecemasan pemulihan kardiopulmonari pernafasan atau dikenali sebagai CPR dalam kalangan masyarakat dan peningkatan kes kematian mengejut di luar kawasan hospital, sekumpulan penyelidik Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta produk inovasi Q-CaT kit yang dapat membantu orang awam melakukan latihan CPR dengan [...]









