NILAI, 13 Oktober 2020 – Dalam keadaan Covid19 yang masih melanda negara, pelbagai pesanan dan nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah diperingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya, antaranya pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C demi memperkuatkan sistem imuniti badan kita, selain mengamalkan kebersihan kendiri agar dapat dielakkan dari jangkitan virus Covid19 ini.
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil pendekatan proaktif dengan bersiaran secara maya bersama para penonton untuk berkongsi panduan dan maklumat melalui siaran Facebook Live di USIM TV Page. Topik kali ini bertajuk Makanan dan Imuniti Badan yang disampaikan oleh Dr. Radhiah Omar Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi.
Dalam membicarakan aspek makanan, Islam amat menitikberatkan isu makanan terhadap kesihatan tubuh badan manusia. Apakah kaitan makanan dengan imuniti badan?
Makanan dalam kamus Nutrition and Food Technology, adalah sesuatau bahan yang kita makan daripada mulut yang menghasilkan tenaga dan membantu dalam penghasilan sel-sel tisu. Makanan itu sendiri dapatlah digarapkan di dalam sistem tubuh badan kita dalam memastikan badan kita menghasilkan sistem imuniti yang terbaik.
Dr. Radhiah dalam kupasan beliau menjelaskan, Imuniti adalah sistem pertahanan dan kekebalan tubuh badan yang menjaga seluruh sistem tubuh badan kita ini daripada serangan penyakit, patogen, racun dan sebagainya. Ia bertindak sebagai tentera yang menjaga tubuh badan supaya kekal sihat dan imunisasi sistem badan ini berada pada tahap optimum.
“Apakah makanan yang sesuai untuk meningkatkan sistem imuniti kita? Dimanakah sistem imuniti ini di tubuh badan kita? Sistem imuniti ini berada di dalam sel darah putih yang terdapat pada segenap pelusuk tubuh badan, dibawah kulit kita dimana kulit merupakan organ terbesar dalam menjadi penghalang daripada kemasukan bakteria dan patogen”.
Jelas beliau lagi, selain kulit, komposisi terbanyak sistem imuniti ataupun antibodi yang terdapat pada badan kita ini adalah berada pada bahagian usus kita. Jadi kita kena pastikan sistem gastrointestinal berada pada tahap yang sihat dengan memilih makanan yang baik, berkhasiat yang telah digariskan di dalam Al-quran dan mengikut sunnah Rasulullah SAW.
“Kalau kita lihat keadaan sekarang, Covid19 melanda pada masa sekarang antibodi kita perlu bekerja keras, lebih kuat untuk memastikan tubuh badan kita dapat melawan virus-virus ataupun bakteria jahat yang datang menyerang”.
Beliau menambah, semakin kita berusia, semakin rendah ataupun berkurang jumlah antibodi yang dihasilkan oleh tubuh badan lebuh-lebih lagi warga tua, mereka perlu makan makanan yang seimbang yang bergizi, bernutrisi tinggi dan berkhasiat bagi meningkatkan tahap imuniti badan mereka daripada senang diancam oleh virus Covid19 ini.
“Dalam penelitian dan kajian yang dilakukan dapat disimpulkan disini, lima kumpulan makanan yang perlu kita ambil dalam membantu meningkatkan imuniti badan iaitu yang pertama adalah sayur-sayuran buah buahan dan bijirin. Kenapa kita perlu ambil sayuran dan buahan ini? Ini kerana makanan ini mengandungi sejumlah vitamin yang tinggi terutama sekali buahan yang mengandungi vitamin C. Fungsi vitamin C pada tubuh badan adalah membantu system imuniti dengan menghasilkan hydrogen peroxida yang dapat membunuh apa jua virus yang menyerang dalam tubuh badan kita. Vitamin C diperlukan setiap hari dalam anggaran 100mg sahaja, dan ia disarankan diperolehi dari sumber asli dari sumber buahan dan sayuran manakala sayuran pula mengandungi kandungan serat yang PrebiotiK dapat menggalakkan pertumbuhan probiotik dimana ia akan melawan bakteria yang jahat di dalam gastrointestinal sekaligus dapat meningkatkan sIstem imuniti badan dan kekal sihat sentiasa”, jelas beliau lagi.
Apa pentingnya pengambilan buahan bersama serat? Makanan ini digalakkan untuk diambil bersama-sama bagi memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.
Keduanya adalah pengambilan protein, kekacang dan minyak yang tinggi dengan sumber vitamin E. kita perlu makan protein kerana ia merupakan building blocks kepada setiap se-sel di dalam badan. Tanpa protein, sel di dalam badan tidak boleh digenerasi kepada sel-sel yang baru. Jadi, kita tidak mengambil sumber protein bermaksud kita tidak membenarkan badan kita menghasilkan sel yang baru. Protein boleh diperolehi dari sumber – sumber haiwan dan juga tumbuhan. Kekacang juga mempunyai zat protein yang sangat tinggi seperti zink, kalsium yang dapat membantu melawan radikal-radikal bebas yang terdapat di dalam tubuh yang cuba menyerang kita. Unsur radikal bebas ini dapatlah dikenali sebagai unsur yang berkeliaran dalam system tubuh badan kita di mana ia akan menyerang sistem sel yang sihat dan mengakibatkan sel itu mengalami keradangan seterusnya mengakibatkan kanser. Selain itu minyak juga banyak mengandungi vitamin E. Jenis minyak yang bagaimana perlu diambil untuk pastikan sistem badan kita berada pada tahap optimum iaitu minyak yang tidak tepu yang boleh menguraikan segala lemak yang tidak baik yang berada di dalam badan kita. Antaranya minyak zaitun dan minyak kelapa sawit.
Seterusnya makanan yang telah melalui proses fermentasi ataupun penapaian seperti yogurt, tempe. Makanan yang telah melalui proses ini mengandungi mikroorganisma baik seperti probiotik. Ia dapat membantu seseorang yang kekurangan probiotik asli di dalam usus mereka. Sekaligus membantu badan yang lemah untuk membantu melawan serangan bakteria jahat selain baik untuk proses pencernaan.
Diingatkan juga 70% dari badan kita terdiri daripada kandungan air. Jadi, kita harus minum sejumlah air yang cukup setiap hari agar badan kita tidak terhidrasi. Jika badan kita kekurangan air, sel darah putih, imuniti dan antibodi badan kita kita kurang mukosa yang berfungsi untuk melincirkan aktiviti imuniti badan dalam menyerang patogen. Kekurangan air menyebabkan semua sel ini terhidrasi dan lemah. Pastikan badan sentiasa segar. Air yang terbaik adalah air zam-zam iaitu bersifat alkali. Namun dipasaran kita sekarang terdapat banyak jenis penapis air yang membantu menghasilkan air bersifat alkali. Air bersifat alkali dapat membantu meneutralkan acidity di dalam darah kita kerana pelbagai jenis makanan yang telah kita ambil setiap hari. Selain air kosong bersifat alkali ini, teh hijau juga bagus untuk badan kita kerana ia mengandungi antioksida. Ia dapat meransang pertumbuhan antibodi dan juga hemoglobin.
Kesimpulannya, kita perlu pastikan kurangkan pengambilan karbohidrat, gula dan kafein dalam pengambilan seharian. Sekiranya glukosa berlebihan di dalam badan kita, ia menyukarkan sistem pankreas untuk merembeskan insulin dan ini menyumbang kepada penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kafein tidak boleh diambil secara berlebihan kerana ia akan merencatkan segala penyerapan nutrien yang diperlukan dalam imuniti badan kita.
Jika kita ingin kekal sihat dan meningkatkan sistem imuniti badan kita, Kita perlulah amalkan makanan sunnah Rasulullah SAW seperti madu, kurma, habatussauda, minyak zaitun dan banyak lagi.
Selain kita mengambil pelbagai nutrisi, kita juga harus memastikan makanan yang kita ambil ini bersih dan selamat dengan menjaga kebersihan makanan itu. Kita perlu makan makanan yang berkhasiat, jangan makan yang boleh merosakkan sistem imuniti badan kita seperti karbohidrat berlebihan, pewarna tiruan, makanan proses dan sebagainya.
Layari FB USIMTV untuk perkongsian video yang lebih menarik:
https://www.facebook.com/watch/USIMTV/
Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan