NILAI, 3 Okt – Majlis Anugerah Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2013  merupakan platform untuk menghargai sumbangan dan komitmen yang diberikan oleh atlit pelajar , staf, pegawai , jurulatih, individuserta orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan yang cemerlang dari segi prestasi serta pencapaian serta pembangunan sukan di USIM sepanjang tahun 2013 diperingkat domestic dan antarabangsa.

Melalui majlis anugerah seumpanya yang julung kali dikelolakan oleh Pusat Sukan USIM, sebanyak 20 anugerah disampaikan bertempat di Dewan Besar USIM. Atlit Pencak Selat USIM, Mohd Ali Imran Che Hashim, pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Nurul Amalina Subkhi, pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati USIM bagi kategori pelajar. Mohd Ali Imran telah menyumbang pingat Perak dalam Kejohanan Silat Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM) 2013 manakala Nurul Amalina menggondol pingat Emas dalam Kejohanan Silat Piala Timbalan Perdana Menteri.

Bagi kakitangan Universiti, staf Jabatan Keselamatan iaitu Norizat Nordin dan Wan Azura Radzuan, staf Jabatan Perpustakaan dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati. Norizat merupakan atlit Bola Tampar menghadiahkan pingat Gangsa dalam Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan Kakitangan Kerajaan (MAKSAK) 2013 dan Wan Azura kini berstatus Master Tenpin Boling dalam Kejohanan Sukan Kakitangan Universiti-universiti Malaysia (SUKUM). Masing-masing membawa pulang trofi dan sijil penghargaan.

Penganjuran majlis penganugerahan ini adalah selarai dengan hasrat Pengurusan Universiti melalui Pelan Strategik Pembangunan Sukan USIM 2014-2018. Antara anugerah lain yang disampaikan dalam majlis ini adalah Anugerah Khas Pencapaian Cemerlang 2012, Anugerah Bintang Harapan, Anugerah Pengurus Terbaik, Anugerah Jurulatih Terbaik, Anugerah Pasukan Terbaik dan Anugerah Pasukan Harapan.

“USIM menyahut saranan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan ‘Thinking Athletes’ yang merupakan tunjang utama dalam meningkatkan sahsiah pelajar yang seimbang dalam akademik dan sukan. Dengan adanya pengiktirafan dan penghargaan Majlis Anugerah sebegini, diharapkan para atlet sukan USIM akan dapat meneruskan kecemerlangan dan pencapaian terbaik serta memberikan saingan yang lebih sengit kepada IPT yang lain” ucap Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM.

Pada Majlis yang sama juga, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor Hj. Husin, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti diberikan penghargaan Anugerah Tokoh Sukan atas komitmen tinggi beliau yang sentiasa memberi sokongan, kerjasama dan membantu pembangunan sukan di USIM khususnya semasa menjadi Naib Canselor USIM sebelum ini.

Disediakan oleh :

Zaini Othman

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204