NILAI, 27 OKT – Ekspo Inovasi Islam atau lebih dikenali sebagai i-Inova’13 telah berjaya mendapat tempat di hati para penyelidik akademik dan pelajar apabila penyertaan pada tahun ini meningkat daripada 113 pada tahun 2012 kepada 140 penyertaan pada tahun 2013.

Penganjuran  i-Inova dengan bertemakan ‘Inspiring Islamic Innovative Minds’ telah bermula dengan Seminar Kreativiti dan Inovasi dengan kerjasama JAKIM pada 25 Oktober 2013 diikuti dengan bengkel dan karnival pada 26 dan 27 Oktober 2013 yang bertempat di Stadium Tertutup Nilai. Perasmian telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud selaku Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

i-Inova adalah pameran pertandingan hasil penyelidikan produk inovatif yang disertai oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Penyelidikan tempatan mahupun luar negara dimana ia telah diterajui oleh USIM sejak tahun 2010 dan tahun ini merupakan tahun keempat penganjurannya dengan mendapat kerjasama dari Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Universiti Sains Malaysia (USM), serta sokongan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan inovasi dari JAKIM, PERINTIS, MINDS, FAQEH dan Persatuan Usahawan Istimewa (OKU) Malaysia.

Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran tentang inovasi dalam penciptaan produk Islam di samping menggalakkan aktiviti kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar dan kakitangan akademik di IPT. Dalam usaha untuk memenuhi aspirasi kerajaan bagi meningkatkan inovasi dan pemikiran kreatif sebagai satu budaya dikalangan pelajar, penyelidik dan usahawan tempatan, pertandingan Tunas Cipta turut diperkenalkan bagi mencungkil bakat-bakat muda khusus bagi pelajar sekolah yang kreatif dan inovatif yang berteraskan Sains Islam yang bermanfaat bagi ummah terutama golongan OKU. Sebanyak 10 produk dipertandingkan bagi  pertandingan Tunas Cipta.

Pada tahun ini i-Inova membawa kelainan dengan menampilkan kategori pertandingan khas bagi membantu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan produk inovasi yang dihasilkan dapat membantu memudahkan urusan harian dan meningkatkan produktiviti golongan OKU dan berteraskan Sains Islam.

Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr Asma Ismail dalam ucapannya berkata, Sebanyak 16 IPTA telah mengambil bahagian dalam pertandingan produk dengan penyertaan lebih daripada 3000 peserta dimana ia telah menunjukkan bahawa i-Inova mampu dan telah menjadi platform terbaik untuk kakitangan akademik atau penyelidik dan juga mahasiswa untuk mempamerkan hasil penyelidikan mereka yang dapat membantu memberikan kebaikan kepada umat Islam khasnya dan masyarakat amnya.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains Teknologi & Inovasi (MOSTI).

IMG_0235

IMG_0285

IMG_0372

IMG_0469

IMG_0540

IMG_0580

IMG_0131

IMG_0194

IMG_0306

SENARAI KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Pemenang Tunas Cipta (Pertandingan RekaCipta & Inovasi Islam peringkat sekolah)

Tempat Pertama (Anugerah Al-Jazari)

SMK Taman Semarak (Negeri Sembilan)

Produk Inovasi: Tongkat AQR 3000

Tempat kedua (Anugerah Al Biruni)

SMA An-Nur Jalan Jaafar Pontian Johor

Produk Inovasi: Rehal si Kudung Tangan

Tempat Ketiga (Anugerah Al-Kindi)

SMA Persekutuan Labu (Negeri Sembilan)

Produk Inovasi: Intelligent Crutch (i-CRUTCH)

Pemenang Pingat Emas i-Inova

Hadiah: Wang Tunai RM1000

Kategori: Pra-siswazah

Green Oil Absorbent from Modified Rubber, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Semi-Active Solar Energy Harvesting System, Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka
Horley Laksa Noodle from Barley, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Autostart Car System (Java Android), ILP Kepala Batas
Bambusia Powder, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Dinarpal: Islamic Digital Money, Pisang Sdn Bhd
Nucleoniceye: Portable Gamma Ray Gauge, Agensi Nuklear Malaysia
Uthmanic Model of Quranic Orthography in Braille, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
E-MIMAS: Inovasi Masjid, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Inhibitory Activity of Lactic Acid Bacteria Isolated, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Sustainable Pocket Edu: Interactive Mobile Learning, Universiti Sains Malaysia (USM)
Intelligent Arabic for Haj & Umrah (i-Haj),  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pemenang Anugerah Khas MINDS

Hadiah: Trofi dan Sijil

Kategori: Pra-siswazah

Horley Laksa Noodle from Barley, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Dinarpal: Islamic Digital Money, Pisang Sdn Bhd

Pemenang Anugerah Khas (Ibnu Sina)

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Pra-siswazah

Green Oil Absorbent from Modified Rubber, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kategori: Terbuka

Nucleoniceye: Portable Gamma Ray Gauge, Agensi Nuklear Malaysia

Pemenang Anugerah Khas (Al-Khawarizmi)

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Pra-siswazah

Horley Laksa Noodle from Barley, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Kategori: Terbuka

Sustainable Pocket Edu: Interactive Mobile Learning, Universiti Sains Malaysia (USM)

Pemenang Anugerah Khas (Ibnu Maqtum) untuk golongan bekeperluan khas (OKU)

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM1500

Kategori: Terbuka

Uthmanic Model of Quranic Orthography in Braille, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pemenang Utama Anugerah Inovasi Islam

Hadiah: Trofi dan Wang Tunai RM3000

Kategori: Pra-siswazah

Green Oil Absorbent from Modified Rubber, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kategori: Terbuka

Uthmanic Model of Quranic Orthography in Braille, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Disediakan oleh:

Noorumaina Mohamed Yunus

Penolong Pegawai Media StraComm

Dikemaskini oleh :

Syazlyna Jamil

Penolong Pendaftar StraComm