Putrajaya, 16 Mei 2009 – Buat julung-julung kalinya Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM telah menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Jemputan bertempat di ARL Bowl, Alamanda, Putrajaya.Sebanyak 52 buah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai agensi telah menyertai kejohanan ini. Antaranya adalah seperti Sinar Harian, Hospital Putrajaya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Perbandaran Nilai dan Hospital Kajang.
Sinar Harian muncul juara apabila berjaya mencatat jatuhan pin terbanyak mendahului peserta lain. Mereka membawa pulang wang tunai RM1000, medal berserta hamper. Manakala kumpulan yang diberi nama Semerah Padi menjadi naib johan dengan ketinggalan sebanyak lima markah berbanding kumpulan Sinar Harian. Mereka membawa pulang wang tunai RM700, medal dan hamper. Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan RETRO dan menerima RM500, medal dan hamper. Tempat keempat dan kelima dimenangi oleh kumpulan KATA dan Hospital Putrajaya yang mana masing-masing menerima wang tunai RM300 dan RM200 berserta medal dan hamper. Untuk tempat keenam hingga kesepuluh masing-masing menerima wang tunai RM100 dan medal.
Kejohanan ini juga diadakan bersempena dengan sambutan lima tahun penubuhan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di samping merapatkan lagi hubungan di antara fakulti dengan agensi-agensi luar.
Oleh :
pro@usim.edu.my
Tel : 06-7988025/8026/8028