Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali
Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd DaliPensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat

Di dalam siri yang lepas, saya telah membuka topik keperluan kita mencari ilmu pelaburan. Pada kali ini, saya ingin mengupas tentang topik semasa iaitu kejatuhan indeks KLCI. Adakah kita sudah menemui dasar?

Kejatuhan indeks KLCI ke bawah paras sokongan 1709 mata menggusarkan ramai pelabur, peniaga, para pengkaji dan malah rakyat secara amnya. Walaubagaimanapun, setiap yang mengalami penurunan akan mengalami kenaikan semula kerana itu adalah fitrah di dalam sesuatu pasaran. Harga akan mengalami kenaikan dan penurunan dan bergerak seperti ombak lautan. Apabila indeks mengalami penurunan, ini adalah disebabkan 30 saham-saham yang terpilih mengalami penurunan harga. Apabila saham-saham ini, seperti Maybank, Tenaga, Telekom dan lain-lain mengalami kejatuhan harga maka indeks akan mengalami penurunan juga. KLCI Indeks ini juga dijadikan salah satu kayu ukur untuk melihat tahap prestasi ekonomi negara Malaysia. Kejatuhan indeks memberi gambaran keadaan ekonomi adalah tidak beberapa memuaskan walaupun secara fundamental ekonomi Malaysia adalah kukuh.

Penurunan ini adalah disebabkan oleh sentimen pasaran yang berterusan menjual saham syarikat Malaysia terutamanya dana asing yang mula mengeluarkan wang dari Bursa sejak keputusan pilihanraya umum ke 14. Ini adalah suatu faktor yang biasa yang bersifat sementara jika dilihat dalam konteks sejarah negara-negara yang pernah mengalami peralihan kuasa. Apabila polisi-polisi baru kerajaan telah berada ditempatnya, keyakinan pelabur antarabangsa dan tempatan akan bertambah, dan aliran dana akan terus masuk menyokong pasaran.

Setelah hampir sebulan setengah pilihanraya, pengeluaran dana asing dari Bursa berterusan sehingga indeks KLCI telah jatuh dari sokongan terkuatnya. Sementara dana asing terus keluar, pasaran telah disokong oleh pelabur tempatan dan institusi tempatan seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Namun pengeluaran berterusan dana asing ini tidak dapat ditampung oleh pelabur tempatan dan institusi tempatan dana menyebabkan indeks telah jatuh dari paras 1709 mata.

Setelah hampir sebulan setengah pilihanraya, pengeluaran dana asing dari Bursa berterusan sehingga indeks KLCI telah jatuh dari sokongan terkuatnya. Sementara dana asing terus keluar, pasaran telah disokong oleh pelabur tempatan dan institusi tempatan seperti KWSP, Tabung Haji dan lain-lain lagi. Namun pengeluaran berterusan dana asing ini tidak dapat ditampung oleh pelabur tempatan dan institusi tempatan dana menyebabkan indeks telah jatuh dari paras 1709 mata.

Ini di tambah oleh suasana tidak menentu pasaran global yang sedang juga mengalami pergolakan disebabkan oleh beberapa faktor seperti campur tangan Trump untuk meningkatkan tarif dan perang perdagangan di antara Amerika dan China yang mengakibatkan pasaran ekonomi pasaran membangun juga agak terjejas. Setiap yang turun akan mengalami kenaikan, maka adakah kita akan mengalami kenaikan dalam masa terdekat. Adakah indeks telah menemui dasarnya? Bolehkah pelabur mula membeli saham-saham blue chip pada harga yang murah?

Ada beberapa faktor yang dilihat masih perlu diselesaikan sebelum indeks akan mengalami kenaikan semula. Faktor yang pertama ialah dilihat dari konteks dalam iaitu bagaimana kerajaan dapat menaikkan keyakinan pelabur antarabangsa dan tempatan untuk terus melabur di Malaysia bukannya mengurangkan keyakinan pelabur. Kejatuhan pasaran negara membangun boleh dijadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan di mana dana yang ditarik keluar dari negara tersebut boleh disalurkan ke Malaysia.  Ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia apabila simpanan mereka di dalam KWSP, Tabung Haji mendapat manfaat dari kenaikan harga saham.

Faktor global juga masih perlu dilihat dalam konteks ini  iaitu :

1. Senarai barangan yang akan dikenakan tarif oleh Trump masih belum di muktamadkan.
2. China juga berjanji akan membalas tindakan USA dengan menaikkan tarif barangan keluaran Amerika
3. Kenaikan kadar bunga Federal Reserve Amerika dijangkakan akan lebih tinggi di dalam masa yang terdekat.
4. Faktor yang terakhir ialah faktor kitaran ekonomi yang pada setiap satu dekad mengalami kejatuhan mungkin akan berulang kembali. Kesannya sudah mula dirasai di pasaran global terutama negara membangun.

Justeru itu, indeks masih belum menemui dasarnya dan kita perlu bersiap sedia dengan mekanisme pertahanan modal ekonomi dan mengambil peluang apabila ia muncul.