Menjadi kapten di usia muda bukan penghalang untuk seorang atlet bola baling memimpin ahli pasukannya untuk merebut pingat dalam acara bola baling yang ditawarkan dalam Karnival Sukan MASUM Fasa I. Pasukan bola baling Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini dikemudikan oleh mahasiswa Program Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) yang baru sahaja berada di Tahun 1 pengajian, Muhammad Aiman bin Zainal Abidin, 20, yang berasal dari Salak Tinggi, Selangor.
Beliau sebelum ini pernah diberikan tanggungjawab sebagai kapten bola baling semasa di peringkat sekolah menengah dan pernah menjadi pemain bola baling mewakili daerah bagi negeri Selangor untuk tahun 2019 dan 2020.
Kemenangan yang ingin direbut sudah tentu ada kunci utamanya untuk dicapai iaitu perlu menerapkan disiplin yang tinggi kepada para pemain dari segi pemakanan,masa permainanan di dalam dan luar permainan. Beliau berkata “Sasaran kali ini mahukan pasukan bola baling mendapat emas kerana ini merupakan kali pertama pasukan USIM memecah rekod layak ke pusingan suku akhir”.
Sebagai kapten pasukan, harapan Muhammad Aiman untuk bola baling ini adalah agar pemain-pemain memberikan tumpuan 100 peratus untuk permainan serta sokongan penuh dari semua pihak termasuk pihak pengurusan dan ibu bapa.
Disediakan oleh:
Nur Maisarah Mohd Zaimee (StraComm Clique)
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan