Muhammad Harith Syahmi bin Mohd Syafiei,21, anak kelahiran Terengganu dan merupakan mahasiswa Perubatan dari Fakulti Perubatan Sains Kesihatan,USIM.
Bergiat aktif dalam acara squash sejak zaman sekolah rendah dan beberapa kali berjaya bertanding ke peringkat antarabangsa, siapa sangka Muhammad Harith mula meminati sukan acara lawn bowls ketika beliau di tahun pertama pengajian di USIM.
Buat kali pertama harith menyumbang tenaga nya untuk acara lawn bowls triples mewakili USIM di MASUM dan pasukan mereka mampu menempatkan diri di peringkat penentuan tempat ketiga dan keempat.
Ujarnya, acara MASUM kali ini persediaan beliau bersama pasukan untuk acara lawn bolws ini tidak banyak menumpukan sesi latihan kerana agak lewat untuk mendapat khidmat daripada jurulatih yang berpengalaman. Namun tetap bersyukur kerana berjaya ke peringkat penentuan dan akan tidak patah semangat untuk membuktikan kejayaan pada masa akan datang.
Akhir sekali, beliau berharap agar kejohanan akan datang lebih mendapat sokongan yang lebih padu untuk mencapai sasaran emas pada kejohanan seterusnya bersama-sama rakan sepasukannya.
Disediakan oleh:
Nur Maisarah Mohd Zaimee (StraComm Clique)
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan