NILAI, 16 Jan 2014 – Tiga kumpulan pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terpilih sebagai calon finalis Anugerah Ikon Varsiti BH 2013. Majlis pengumuman Finalis yang diadakan di Hotel Everly Putrajaya itu bakal menyaksikan kumpulan Bambusia dengan produk Bambusia Powder dan De Noona’s  dengan produk Horley Laksa  bagi kategori Pengantarabangsaan, manakala Urusetia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) iaitu ‘Misi Kembara Kehidupan di Bumi Aussie’ bagi kategori Khidmat Sosial merebut gelaran Anugerah Ikon Varisiti BH 2013 yang bakal diadakan pada bulan Februari hadapan.

Pada majlis Anugerah itu nanti bakal menyaksikan 10 kategori iaitu tujuh kategori bagi individu yang menawarkan wang tunai RM2,000 berserta trofi, dan tiga kategori bagi berkumpulan yang menawarkan wang tunai RM5,000 berserta trofi.

Menurut Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Badrulhisham Othman, “Anugerah yang berlangsung kali ke-2 ini mendapat sambutan baik dengan menerima sebanyak 200 penyertaan bagi  mencari penuntut IPT di Negara ini untuk dijadikan idola kepada generasi muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik bahkan turut cemerlang dalam kokurikulumnya”. Pada tahun ini BH menampilkan kelainan dengan memperkenalkan kategori baru iaitu Pengantarabangsaan, Inovasi Sosial, Reka Cipta dan Seni Budaya, tambahnya lagi.

Pada majlis tersebut, turut diperkenalkan Anugerah Perdana Ikon Varsiti yang bakal menawarkan hadiah sebanyak RM10,000 berserta trofi yang akan dipilih dikalangan 10 kategori yang dipertandingkan. Sebagai pengiktirafan kepada pengundi secara dalam talian dan akhbar, BH turut memperkenalkan Anugerah Pilihan Pembaca Kategori Online dan Anugerah Pilihan Pembaca Kategori Akhbar.

“Ini adalah satu permulaan yang baik bagi kami untuk meneruskan pengajian lantas menghasilkan pelbagai rekacipta dan inovasi berteraskan ilmu aqli dan naqli pada masa hadapan. Insyallah, selepas ini, kami akan terus berusaha unutk membawa inovasi ini kepada masyarakat umum lantas meningkatkan nilai komersilnya dalam pasaran, seterusnya mencapai pasaran di luar Negara”, berkata Muhammad Zulfawwaz selaku ketua kumpulan bambusia pada majlis tersebut.

Manakala Amirah Najwa ketua kumpulan Horley Laksa berkata, produk inovasi yang dihasilkan ini diharap dapat menembusi pasaran tempatan dan luar Negara. “Selari dengan hasrat USIM yang berteraskan pengajian Islam bagi melahirkan graduan yang cemerlang yang menghasilkan nilai kepada negara, sememangnya dengan pengiktirafan ini, pensyarah-pensyarah dan para saintis dapat memberi kepercayaan kepada kami untuk terus membuat kajian dalam menghasilkan makanan-makanan yg sihat, halalan toyyiban utk membentuk generasi yg sihat dan berketerampilan”, tambah beliau lagi.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Kementerian Pendidikan Pengajian Tinggi, Tuan Haji Ibrahim Bin Ali. Tajaan bersama dari Bank Rakyat, hadir sama Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Saliman Zainal dan Pengurus Besar Divisyen Perundangan dan Perkhidmatan Korporat Putrajaya Holdings, Aminah Baba.

Disediakan oleh :

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Pn Noorumaina Mohamed Yunus