NILAI, 17 Okt 2014 – Bagi memperkasa jalinan kerjasama pintar dalam bidang Mental Arithmetic dan teknik ingatan kepada pelajar PERMATA Insan, satu majlis menandatangi perjanjian antara Universiti Sains Islam Malaysia dengan Innovate Mental Arithmetic Sdn Bhd telah dimeterai di sini hari ini.

Perjanjian ini akan berjalan selama tiga tahun untuk menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran Mental Arithmetic, yang merupakan salah satu tajuk utama dalam Modul Pembangunan Insan. Ia termasuk latihan menyelesaikan masalah matematik dengan cepat dan tepat dengan menggunakan visual abacus dalam fikiran yang dapat merangsang otak kanan dan kiri dalam satu masa.

YBhg. Prof Dato’ Musa Ahmad, Naib Canselor USIM berkata dengan kerjasama kepakaran ini dapat meningkatkan lagi potensi dan kemahiran pelajar PERMATA Insan dalam bidang Matematik selain menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran menghafal dan kekuatan daya ingatan dengan teknik ingatan yang mudah dan segera.

“Hasrat USIM untuk memperkasakan ilmu Naqli dan Aqli haruslah bermula dari peringkat sekolah rendah lagi, justeru dengan terlaksana program Mental Arithmetic bersama pelajar PERMATA Insan ini mereka bukan sahaja pakar dalam bidang matematik malah turut  merangkumi bidang  Pengajian Quran Sunnah, Pembangunan Insaniah dan Bahasa Komunikasi Antarabangsa serta Sarana Komuniti,” jelas Dato’ Musa.

Menurut Mrs Ivylina tiang, Ketua Pegawai Eksekutif Innovate Mental Arithmetic Sdn. Bhd berkata, dengan pengalaman selama 15 tahun dalam bidang mental arithmetic, sebanyak lima strategi atau teknik yang akan dikongsikan bersama pelajar PERMATA Insan iaitu disciplined mind, synthesising mind, creative mind, respectful mind dan ethical mind.

“Ini kerana matematik bukan sahaja akan menghasilkan pemikiran kreatif, malah ia juga akan menyumbang kepada pembentukan peribadi seterusnya merangsang otak untuk berfikir secara luar biasa (extraordinary),”tambah Ivylina.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Mr. Brandon Ng Pengarah Innovate Mental Arithmetic Sdn Bhd, Pengarah Pusat PERMATA Insan, Prof. Datuk Dr. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Encik Haizuan Rozali, Pendaftar USIM.

Disediakan oleh :

Noorumaina Mohamed Yunus

PUSAT KOMUNIKASI STRATEGIK (STRACOMM)

Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

71800 Nilai, Negeri Sembilan

Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204