NILAI, 10 Disember 2019 – Mengambil inisiatif dan menzahirkan kepekaan serius dalam kepesatan teknologi yang pantas dan semakin pesat, GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Technology Update Universiti Awam 2019 yang berlangsung pada 9 dan 10 Disember 2019 bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU), Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM.

Program yang menghimpunkan warga Skim Perkhidmatan Teknologi Maklumat ini merupakan penganjuran julung kalinya oleh GOAL-ITQAN, USIM dengan penyertaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Awam, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) & wakil-wakil daripada pihak syarikat.

Bertemakan “Digital Transformation in Higher Education”, ia menunjukkan persediaan melaksanakan transformasi ke arah IR 4.0 dengan menjadikan universiti sebagai sebuah “Smart University”.

”Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seperti ini boleh dijadikan sebagai platform bagi perkongsian amalan terbaik antara universiti dengan menghimpunkan pegawai-pegawai Teknologi Maklumat yang berkerja dalam bidang yang sama,” Prof. Madya Ts Dr. Madihah Mohd Saudi.

”Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana disamping perkongsian ilmu dan teknologi terkini yang dibentangkan oleh syarikat, jalinan hubungan kerjasama turut wujud dikalangan peserta untuk berkongsi amalan-amalan terbaik di universiti masing-masing,” ucapnya.

Selain bermatlamat memberi ruang kepada Pegawai-Pegawai Teknologi Maklumat yang terlibat dengan Pusat Data dan Pasukan Pembangunan Sistem Aplikasi untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan pangkalan data dan aplikasi sistem di agensi masing-masing, penganjuran ini bagi memberi pendedahan teknologi daripada wakil Syarikat berdasarkan topik pilihan kepada pegawai-pegawai yang menguruskan Pusat Data dan pasukan Pembangunan Sistem Aplikasi Universiti Awam.

Sebanyak 10 booth pameran turut serta iaitu daripada pihak syarikat iaitu Oracle Malaysia, Impact Business Solution Sdn. Bhd., Veeam, Infinity Consulting Technology Sdn. Bhd., Nutanix Malaysia Sdn. Bhd., HeiTech Padu Berhad, Microsoft Malaysia Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Berhad, Evada Solutions Sdn Bhd dan Sangfor Technologies (M) sdn. Bhd. turut memeriahkan lagi seminar yang dijalankan selama 2 hari itu.

Selain pembentangan daripada pihak syarikat, turut diadakan perkongsian daripada Universiti Awam iaitu wakil dari UM, UNISZA,UPM, UNIMAS, USM dan UITM. Tiga (3) topik utama telah dibincangkan di dalam seminar ini iaitu topik ’cloud’, ’database’ dan ’Disaster Recovery Center’ (DRC).

Disediakan oleh:
Mohd Fadzwan Bin Zakaria
GOAL-ITQAN
Universiti Sains Islam Malaysia

Dikemaskini oleh:
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan