Sepang, 28 Januari 2009. – Universiti Utara Malaysia (UUM) yang membangunkan Sistem Maklumat Pengambilan Bersepadu (e-IRIS) menyerahkan sistem tersebut kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerusi anak syarikatnya, Serindit.com.

Sistem e-IRIS merupakan satu sistem yang dibangunkan secara kerjasama di antara Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Utara Malaysia. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan proses pengambilan kakitangan USIM dari perlaksanaan secara manual kepada satu sistem yang lebih efektif dan berdaya maju.

Pada peringkat permulaan, borang OMR digunakan bagi tujuan merekodkan maklumat calon. Namun atas keperluan semasa, e-IRIS KINI mampu diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Staf USIM (MUNAZZIM) serta mampu mengautomasikan proses-proses penting dalam urusan pengambilan kakitangan seperti proses permohonan, saringan, temuduga dan tawaran jawatan.

Penyerahan tersebut dilakukan oleh Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr. Nordin Kardi kepada Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin di sebuah hotel di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Oleh :
pro@usim.edu.mu
06-7988025/8026/8028