Teras ini dihasilkan semasa pemukiman Pengurusan Universiti bersama ahli-ahli strategik universiti sempena Bengkel Pelan Strategik dan Integrasi Ilmu Naqli-Aqli (Akhir Tahun) 2015 bertempat di Grand Blue Wave, Shah Alam, Selangor.
Bengkel ini yang diketuai sendiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad memuktamadkan tujuh teras yang mencakupi pelbagai bidang seperti akademik, inovasi, kemahasiswaan, sumber manusia dan kewangan yang akan menjadi fokus utama Universiti bermula tahun hadapan. Teras yang dikenalpasti ini selari dengan sepuluh lonjakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan Tinggi.
Teras seterusnya adalah Teras Empat : Governan dan pembangunan modal insan yang boleh menarik dan mengekalkan bakat terbaik bersifat global, multi bahasa dan seimbang; Teras Lima : Kemudahan fizikal dan prasarana yang kondusif bagi pembelajaran dan penyelidikan; dan Teras Enam : Penjanaan kekayaan.
Pelaksanaan teras ini kelak melibatkan fakulti-fakulti, jabatan dan pusat kecemerlangan di USIM. Pada masa yang sama, teras yang dihasilkan ini juga secara tidak langsung menjadi sandaran tujahan USIM untuk menjadi rujukan diperingkat global pada 2025 dalam pengintegrasian naqli-aqli ini. Universiti pada masa kini berada pada landasan yang tepat untuk mencapai sasaran yang ditetapkan walaupun bakal mendepani cabaran kewangan pada tahun hadapan.