Karnival Mahasiswa Islam Madani: Membina Keprihatinan Mahasiswa Terhadap Kemanusiaan
NILAI – Karnival Mahasiswa Islam Madani anjuran Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan kerjasama beberapa organisasi kemanusiaan telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 180 mahasiswa. Program yang berlangsung di FKP ini bertujuan memupuk semangat keprihatinan dalam kalangan mahasiswa terhadap isu kemanusiaan global. Majlis perasmian karnival ini disempurnakan oleh YB Senator [...]