Dua Pelajar USIM Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan Berjaya ke Pentas Kebangsaan
NILAI – “Mencabar diri sendiri untuk lihat sejauh mana saya mampu lakukan.” Itulah kata-kata Nik Faruqi Naim Mohd Fauzi apabila diumumkan sebagai johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan (SDPK) peringkat negeri Terangganu tahun ini. Faruqi menyifatkan bahawa penyertaan kali pertama ini sebagai lonjakan semangat dan minatnya terhadap puisi serta berhasrat untuk melangkah lebih jauh dalam bidang [...]