Siswa USIM ‘lincah’ Gunting Rambut Anak Komuniti Sekitar Kampus
NILAI-Persis tukang gunting rambut berpengalaman, tiga orang siswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) lincah dan cekap menggunting rambut anak-anak komuniti yang tinggal berdekatan kampus. Mereka menyumbang kemahiran yang dimiliki sempena penganjuran Program Kembali ke Sekolah ‘Gunting Rambut Rahmah’ anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Kolej dengan kerjasama Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) USIM yang diadakan [...]