Kempen ‘Sayang USIM’
Kempen Sayang USIM ini dilancarkan dengan matlamat untuk memperkuat dan menanamkan rasa cinta kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam kalangan pelajar, staf dan alumninya. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan dan penglibatan aktif daripada warga universiti serta memupuk semangat kekitaan dan kebanggaan sebagai warga USIM. Ini, sekaligus dapat memotivasi individu USIM untuk menyumbang sepenuhnya kepada pembangunan dan kecemerlangan universiti.
#SayangUSIM
Dengan hashtag #SayangUSIM , ia selaras dengan slogan “USIM Cemerlang, USIM Disayang” di mana setiap warga USIM diharap dapat menyayangi USIM dan menganggap USIM sebagai hak milik bersama dan berusaha memberi komitmen yang terbaik, selaras dengan penerapan lima teras profesional yang digariskan iaitu Profesional, Efisyen, Alamiyyah, Amanah dan Muafakat. Ini termasuklah penglibatan USIM bersama masyarat dan komuniti di luar dalam usaha memberi impak dan kesan positif terutamanya dalam menjayakan agenda memasyarakatkan USIM.