KADAR ELAUN GERAN PENYELIDIKAN USIM DAN GERAN LUAR

BIL JAWATAN ELAUN (RM)

  1. PHD RM2,000.00 Sebulan
  2. MASTER RM1,500.00 sebulan

 

KELAYAKAN PERMOHONAN

  1. Terdiri daripada Pelajar Siswazah yang mendaftar di USIM secara sepenuh masa dan menjalankan penyelidikan sama ada secara (tesis); kerja kursus; dan tesis; kerja kursus dan disertasi;
  2. pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian yang mensyaratkan penghasilan penerbitan jurnal (ISI/Scopus) sebagai syarat bergraduat;

iii. Pelajar Master dan PhD yang berada di dalam tempoh pengajiannya.

  1. Pelajar tidak layak menerima sebarang ganjaran/lain-lain bayaran kecuali dibenarkan oleh Universiti.
  2. Ketua Projek/Penyelidik mempunyai geran penyelidikan sama ada Geran USIM/Geran Luar untuk membiayai pelantikan GRA;

 

PROSEDUR PERMOHONAN DAN SYARAT PELANTIKAN

  1. Ketua Projek/Penyelidik perlu mengemukakan permohonan lantikan GRA dengan mengisi borang PPP/RA-001)
  2. Tempoh lantikan adalah berdasarkan tempoh projek penyelidikan.

iii. Pemberian skim ini boleh ditamatkan dengan satu (1) bulan notis atau dibayar satu (1) bulan elaun sebagai ganti notis tanpa diberi sebarang sebab sekiranya prestasi calon tidak menepati tahap yang dikehendaki.

  1. Calon dikehendaki menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian dan

kegiatan penyelidikan yang berhubung dengan program pengajian calon itu. Calon tidak dibenarkan sama sekali melakukan kegiatan-kegiatan lain yang boleh menjejaskan pelantikann

  1. Calon adalah tertakluk kepada Peraturan dan Akta Universiti, Syarat-syarat Perkhidmatan dan peraturan-peraturan lain yang berkuatkuasa dari masa ke semasa di USIM;
  2. Calon adalah bertanggungjawab kepada Ketua Projek/Penyelidik dari masa ke masa.

CUTI DAN PERUBATAN

  1. Kemudahan yang diterima oleh Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) adalah sama sebagaimana kelayakan Pelajar Siswazah USIM.
  2. Penerima Skim ini TIDAK LAYAKmenerima kemudahan berikut: • Cuti Rehat
  • Bonus
  • Caruman KWSP/PERKESO

iii. Kemudahan rawatan perubatan adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah kemudahan Pelajar Siswazah.

 

HADIR SEMINAR/KONFERENSI/KURSUS

  1. Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) boleh hadir Seminar/Konferensi/Kursus yang berkaitan dengan penyelidikan, iaitu di dalam negara sahaja, dengan kelulusan Ketua Penyelidik/Projek.

5.6 TUNTUTAN ELAUN DAN BAYARAN PERJALANAN RASMI

  1. Tuntutan elaun perjalanan rasmi/elaun makan/elaun loging/elaun harian kerana urusan yang berkaitan dengan penyelidikan boleh dibayar berdasarkan kadar yang berkuatkuasa di USIM.

5.7 TEMPAT KERJA

  1. Tempat berkhidmat akan ditentukan oleh Ketua Penyelidik/Projek.
  2. Tempat kerja boleh diubah mengikut kehendak projek/Ketua Projek dari semasa ke semasa.

 

LAPORAN KEHADIRAN

  1. Laporan kehadiran hendaklah diperakukan oleh Ketua Penyelidik/Projek beserta dengan kad Perakam Waktu.
  2. Proses bayaran elaun adalah berdasarkan laporan pada kad perakam waktu.

iii. Ketua Penyelidik/Projek bertanggungjawab memantau kehadiran Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) yang dilantik bagi memastikan elaun yang diperuntukkan adalah layak dibayar.

 

SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN ELAUN POST-DOC

 Syarat-Syarat Pelantikan

  1. i) Tempoh lantikan minimum adalah 12 bulan dan perlanjutan tertakluk kepada kewangan universiti dan prestasi.
  2. ii) Status lantikan calon adalah sebagai staf kontrak USIM.

iii) Pelantikan boleh ditamatkan dengan perakuan Ketua Penyelidik/Penyelia sekiranya calon gagal memenuhi syarat pelantikan dan/atau gagal menunjukkan prestasi yang dikehendaki oleh Universiti melalui 30 hari notis.

  1. iv) Universiti juga boleh memberhentikan calon pada bila-bila masa dengan memberi notis 30 hari atau dengan membayar kepada calon satu (1) bulan gaji ganti notis tanpa sebarang alasan di dalam keadaan berikut :-
  2. Calon cuai atau enggan atau tidak mematuhi apa-apa perintah yang diberi oleh seseorang pekerja Universiti yang berkuasa ke atasnya;
  3. Calon membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal universiti dan penyelidikan yang dijalankan kepada sesiapa jua yang tidak mempunyai kuasa menerimanya; atau
  4. Calon berkelakuan salah atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Universiti.
  5. Segala hak dan faedah calon di bawah perjanjian tersebut akan luput dan tamat serta merta dengan pemberitahuan ini. Calon juga tidak layak mendapat kemudahan pulang ke negara asal dan tempoh visa akan dipendekkan.
  6. v) Ketua Penyelidik/Penyelia boleh mengemukakan permohonan untuk melantik semula staf pasca Doktoral yang akan menamatkan perkhidmatan dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tamat lantikan. Penyambungan bergantung kepada kedudukan kewangan universiti.