JAWATAN KETUA PUSTAKAWAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 mempelawa pemohon berkelayakan untuk mengemukakan permohonan jawatan seperti berikut:

1. Jawatan Ketua Pustakawan
2. Gred S54 dan setara
3. Taraf Lantikan Tukar Sementara/Peminjaman/Kontrak/Tetap
4. Tempoh Lantikan Satu (1) hingga tiga (3) tahun bagi setiap lantikan tertakluk kepada keputusan Lembaga Pengarah Universiti
5. Kriteria Umum

Seseorang calon bagi jawatan ini mestilah mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut :

  • Pemohon yang berkelayakan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan Pentadbiran Gred 52 dan ke atas) dan mempunyai rekod prestasi dan pencapaian yang terserlah kecemerlangannya.
  • Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia dengan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajar Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pemohon hendaklah sedang menyandang jawatan dalam perkhidmatan.
6. Kriteria Pemilihan
  • Pengalaman
    Memiliki pengalaman luas dalam pengurusan dasar, standard dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber ilmu, arkib, pentadbiran serta perancangan strategik perpustakaan.
  • Kebolehan Memimpin dan Mengurus
    Memiliki people skills dan berupaya meneraju transformasi, menggerakkan pasukan, mempunyai gagasan, visi dan misi selaras core business Universiti serta berupaya menggerakkan komuniti kampus ke aras budaya kerja cemerlang.
  • Pemikiran Strategik
    Memiliki kemahiran untuk merancang dan membangunkan Pelan Strategik Organisasi serta menjajarkannya sehingga ke peringkat pelaksanaan.
  • Adaptasi Teknologi
    Memiliki keupayaan dan keazaman untuk meneroka kemungkinan, peluang dan cabaran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran di zaman digital dan membawa Universiti ke arah kejayaan di zaman digital.
  • Kemahiran Komunikasi
    Memiliki kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap.
  • Reputasi
    Menampilkan diri sebagai role model kepada semua peringkat staf, mempunyai rekod prestasi dan pencapaian yang terserlah kecemerlangannya serta dihormati masyarakat di dalam dan di luar kampus.
  • Personaliti
    Berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, berpandangan jauh, berfikiran rasional, team player, serta bermotivasi tinggi untuk memacu kecemerlangan Universiti.
  • Pengurusan Perubahan dan Risiko
    Berinisiatif dalam menguruskan perubahan dalam organisasi secara berkesan dengan menggunakan segala sumber dan keupayaan sedia ada.  Berinisiatif dalam mengurangkan risiko dalam setiap hasil kerja yang dilaksanakan melalaui aktiviti pengurusan risiko.
  • Potensi
    Berpotensi menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara secara keseluruhan.
  •  Memiliki kesihatan tubuh badan yang diperakui oleh Pengamal Perubatan berdaftar.
  • Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang lengkap berserta salinan curriculum vitae (CV), sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan boleh dihantar melalui e-mel kepada:
    1. Dato’ Muhammad Haizuan Rozali (06-798 8101)
      Pendaftar USIM
      pendaftar@usim.edu.my
    2. YM Raja Mariam Raja Mohd Esa (06-798 8123)
      Ketua Bahagian
      Bahagian Governan dan Pentadbiran
      rajamariam@usim.edu.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Jun 2022 (Ahad)

Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana Universiti turut boleh mengusulkan mana-mana pemohon yang memenuhi kriteria umum dan kriteria pemilihan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.