JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa dalam kalangan staf USIM yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Gred Utama C (VU7):

1. Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
2. Gred Gred Utama C (VU7)
3. Taraf Lantikan Pertukaran Sementara/Peminjaman/Kontrak
4. Tempoh Lantikan Tiga (3) tahun (tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)
5. Kelayakan Tawaran ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  • Sekurang-kurangnya telah menyandang jawatan JUSA C (Profesor Gred VK7) atau setaraf dengan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf serta berkebolehan memimpin dan mengurus;
  • Menjalani Program Penilaian Bakat Kepimpinan Pendidikan Tinggi yang dikendalikan oleh Akademik Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) sebelum permohonan dikemukakan; dan
  • Penilaian bakat di peringkat saringan oleh USIM.
6. Kriteria Umum Kriteria umum berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam adalah seperti berikut :

  • Kecemerlangan Akademik
    Calon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), mendapat command of respect dalam kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.
  • Pengiktirafan Antarabangsa
    Calon mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.
  • Kebolehan Memimpin dan Mengurus
    Calon mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik, ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.
  • Reputasi
    Menjadi suri teladan kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.
  • Personaliti
    Calon mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.
  • Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan niche area Universiti.
7. Kriteria Khusus Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam adalah seperti berikut :

  • Pengalaman Membida Projek Penyelidikan dengan Jaya
    Ini merupakan tugas hakiki Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Calon bukan sahaja berpengalaman menjalankan penyelidikan sebagai Penyelidik Utama (PI) tetapi menjadi peneraju UA masing-masing untuk membida dana penyelidikan dari dalam dan luar negara.
  • Mahir Mensistesis Instrument Komitmen Penyelidikan (RU Instrument)
    Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators) Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) utama adalah meneraju penyelidikan di Universiti Awam masing-masing. Calon bukan sahaja mahir mengenai instrumen tersebut tetapi telah menunjukkan rekod cemerlang mentransformasi penyelidikan sekurang-kurangnya di peringkat Institut, Centre of Excellence (CoE) atau Fakulti.
  • Mempunyai Jaringan hubungan yang luas
    Calon mestilah mempunyai jaringan hubungan yang luas dengan industri di peringkat serantau dan antarabangsa. Ini kerana selain bertanggungjawab mendapatkan projek-projek dan geran-geran penyelidikan dari sektor awam dan swasta calon juga bertanggungjawab mempromosikan dan mengkomersialkan hasil-hasil penyelidikan di dalam dan luar negara.
  • Berkemampuan dalam Menguruskan Aktiviti Berkaitan Harta Intelek
    Calon mestilah seorang individu yang mampu menguruskan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan harta intelek seperti penghasilan harta intelek dan latihan yang berkaitan. Ini adalah penting kerana pengurusan hubungan Industri yang berkesan akan memberi pulangan kepada Universiti melalui perlesenan dan pengkomersialan.
  • Cemerlang dalam Penyelidikan, Penerbitan dan Urusan Pengkomersialan
    Calon mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam pengkomersialan produk penyelidikan, mempunyai track record dalam penyelidikan serta penghasilan artikel berkualiti dalam jurnal berwasit agar penyandang mempunyai reputasi tinggi dan dihormati oleh kelompok sebaya/setaraf.
  • Berpengalaman sebagai Penyelia yang Berjaya
    Calon mestilah mempunyai rekod yang cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) terutamanya dalam mod penyelidikan. Ini kerana calon bertanggungjawab menentukan halatuju penyelidikan Universiti dan menerapkan research culture dalam kalangan ahli akademik dan para penyelidik.
8. Kriteria Tambahan Keutamaan kepada calon-calon yang memiliki kriteria-kriteria tambahan seperti berikut:

  • Memiliki pengetahuan yang mendalam tentang falsafah Pendidikan Islam;
  • Memahami konsep tentang Pendidikan Islam dalam masyarakat majmuk; dan
  • Memiliki komitmen untuk melaksanakan epistimologi Islam dalam pendidikan tinggi.

CARA PERMOHONAN

Permohonan bagi jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Gred Utama C (VU7) perlulah dikemukakan secara rasmi beserta dokumen seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi
  2. Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan seperti di Lampiran 1;
    (CV lengkap yang merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara perlu disertakan bersama)
  3. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (Rujuk Lampiran 1);
  4. Salinan sijil;
  5. Kertas cadangan ringkasan mengenai wawasan dan perancangan jangka pendek serta jangka panjang sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi);
  6. Laporan Tapisan Keselamatan Kasar dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (calon daripada luar USIM sahaja);dan
  7. Dokumen-dokumen sokongan yang lain.

Lampiran 1 – Ringkasan Curriculum Vitae (CV) Kepimpinan

Muat turun lampiran berikut

Muat Turun
  • Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.
  • Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

YM Raja Mariam Raja Mohd Esa
Ketua Bahagian
Bahagian Governan dan Pentadbiran
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia
Nombor Telefon : 06-798 8123
E-mel: rajamariam@usim.edu.my

  • Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:

PENDAFTAR
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel.    : 06-7988101/8123/8122/6021
Faks. : 06-7993843/06-7988130

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2022 (Isnin)