NURZUHAIRAH LAMBANG INTEGRASI ILMU NAQLI DAN AQLI
Siapa sangka, pelajar kedoktoran turut mampu menghafaz 30 juzuk al-Quran yang kebiasannya didominasi oleh pelajar aliran agama. Itulah yang berjaya dibuktikan oleh pelajar tahun lima Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Norzuhairah Rusmani berjaya membuktikan kemampuan dalam menghafaz al-Quran apabila mengungguli Majlis Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Sembilan 2014. Dengan bacaan yang lancar dan fasih mengikut hukum [...]