Perbadanan Usahawan Nasional Berhad Sumbang RM50,000; Bantu Kos Rawatan Perubatan dan Tajanan Berbuka Puasa Pelajar USIM
NILAI – Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menyumbang sejumlah RM50,000.00 kepada Tabung It’am Muhtajin (Food for Needy) dan Tabung Infaq Ibnu Sina (Bantuan Perubatan Pelajar USIM), melalui Pusat Wakaf dan Zakat, Universiti Sains Islam Malaysia. Melalui sumbangan ini, sejumlah 100 orang pelajar asnaf USIM layak menerima Bantuan Bakul Rahmah berjumlah RM100.00 setiap seorang, selain daripada [...]