JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:
Bil. | Jawatan | Gred | Taraf | Penempatan | Ringkasan Tugas |
1. | Pegawai Tadbir | N41 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab terhadap pengurusan dan perancangan pentadbiran jabatan dan pengurusan bajet kewangan jabatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Pengetahuan dan pengalaman dalam pengkomersialan program akademik secara program psisir (offshore), francais, perlesenan dan perundingan projek khas adalah suatu kelebihan (satu (1) kekosongan). Pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan penawaran program akademik secara pesisir / perlesenan, penawaran program / sijil profesional, Pendidikan dan Latihan / teknikal dan vokasional (TVET), pengurusan ejen dan pembangunan dan jaminan kualiti akademik program pengkomersialan adalah suatu kelebihan (dua (2) kekosongan). |
2. | Penolong Akauntan | W29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan akaun amanah dan akaun khas meliputi pembukaan dan penutupan akaun, menyemak laporan, membuat operasi berkaitan seperti invois, terimaan dan jurnal pindahan serta menyediakan laporan secara berkala yang diperlukan oleh Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (satu (1) kekosongan). |
3. | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) | N19 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan sokongan di peringkat Pusat Tanggungjawab termasuklah perihal perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pelaksanaan program, pengumpulan data dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (empat (4) kekosongan). |
4. | Pemandu Kenderaan | H11 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (tiga (3) kekosongan).
Pengalaman mengendalikan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan adalah suatu kelebihan. |
5. | Pengawal Keselamatan | KP11 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa (lima (5) kekosongan). |
Syarat Lantikan | Butiran Permohonan |
|
|
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan)
munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi)