Karnival Sukan MASUM Fasa 1 telah membuka tirainya bermula pada 15 hingga 20 Ogos 2023 bertempat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang akan diikuti dengan Fasa 2 yang akan berlangsung pada 23 hingga 30 Ogos di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM).

Sebanyak lapan acara dipertandingkan pada Fasa 1 iaitu Bola keranjang, Lawn Bowls, Bola Tampar, Bola Baling, Memanah, Taekwondo, Sofbol dan Menembak.

 

Pengarah Pusat Sukan USIM, Encik Ekmal Buhary yang juga Timbalan Pengerusi Sukan Masum Fasa 1 berkata, USIM telah bersedia untuk menerima kehadiran 2200 orang atlet bersama pegawai pengiring daripada 19 Universiti Awam untuk ‘berkampung’ sepanjang kejohanan MASUM berlangsung.

“Segala persiapan rapi dan sistematik dari segi kemudahan fasiliti serta logistik padang telah di buat seawal mungkin oleh Pusat Sukan USIM bagi memastikan keselesaan kontinjen”.

Ujarnya lagi, untuk fasa 1 acara- acara pertandingan akan berlangsung di beberapa venue antaranya di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Gelanggang Serbaguna UNITEN, Lapang Sasar Menembak Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Gelanggang Lawn Bowls Seremban 2.

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan