Karnival Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa pertama 2023 melabuhkan tirainya semalam dengan sesi Majlis Penghargaan Sukarelawan dan Petugas yang dihadiri seramai anggaran 200 orang di Kompleks Sukan Tunku Najihah USIM.

Karnival MASUM Fasa Pertama 2023 menyaksikan kontingen Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengungguli acara keseluruhan dengan memperoleh 19 pingat emas, 19 perak dan 16 gangsa, diikuti kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) menduduki tempat kedua dengan 14 emas, 10 perak dan 10 gangsa. Manakala tempat ketiga milik kontingen Universiti Malaya (UM) dengan kutipan 11 emas, tiga perak dan lima gangsa.

 

Encik Ekmal Buhary Pengarah Pusat Sukan merangkap Timbalan Presiden MASUM, berkata karnival MAUM akan bersambung Fasa 2 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bermula dari 23 hingga 30 Ogos ini.

“Karnival Fasa 2 akan membabitkan lapan acara iaitu ragbi, bola jaring, hoki, petanque, catur, karate, silat dan basikal MTB,”, katanya lagi.

“Para atlet yang mewakili kontingen masing-masing dilihat memberikan komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam setiap acara yang disertai sekali gus dapat mencungkil ramai bakat baharu dalam kalangan pelajar UA dari pelbagai jenis sukan.

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan