Beliau berasal daripada Wilayah Persekutuan Putrajaya telah memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2). Beliau kini merupakan pelajar tahun 3 Fakulti Pengajian Bahasa Utama USIM.

Sebagai Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar USIM, beliau diberi amanah untuk mengetuai 105 orang sukarelawan Karnival Sukan MASUM (Fasa 1) di USIM baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak mampu menambah pengetahuan dan pengalamannya dalam pengurusan karnival sukan, selain ingin merasai sendiri berada dalam program sukan yang besar seperti MASUM ini.

Karnival Sukan MASUM merupakan pengalaman kali ketiga sebagai seorang sukarelawan. Sebelum ini beliau menyertai pasukan sukarelawan dalam misi bantuan banjir di Terengganu dan Johor. Anak bongsu daripada tiga orang adik beradik ini sangat menggalakan mahasiswa USIM untuk merebut peluang menjadi sukarelawan kerana ini merupakan satu peluang yang sangat baik selagi masih berada di alam universiti. Ia mengajar kita sedikit sebanyak cara untuk bekerja di dalam kumpulan yang besar. Beliau berharap pada masa akan datang beliau dapat mengetuai aktiviti sukarelawan dalam skala yang lebih besar.

 

Disediakan oleh:
Nurliyana Norazman
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai Negeri Sembilan