About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2760 blog entries.

MEHASS festival 2026 semarak kesedaran kesihatan mental mahasiswa

NILAI – Kesedaran mengenai kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan mahasiswa terus diberi perhatian menerusi penganjuran Mental Health Awareness (MeHASS) Festival 2026 pada 16 hingga 17 Oktober lalu. Festival di bawah program Fi Qalbi itu mengetengahkan pelbagai aktiviti kesihatan, rekreasi, kreativiti dan penglibatan komuniti kampus sebagai salah satu pengisian selaras dengan Program Pemacu Lonjakan Ketiga Amanat [...]

By |2026-10-22T16:58:12+08:00October 22nd, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Hari Akademia USIM 2026 Raikan Kecemerlangan Akademik, Perkasa Inovasi PdP

NILAI  – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh budaya kecemerlangan akademik menerusi sambutan Hari Akademia USIM 2026 yang mengangkat tema “Sinergi Ilmu, Teknologi dan Inovasi dalam Akademia” sebagai wadah menghargai sumbangan warga akademik dalam pengajaran dan pembelajaran. Sambutan yang berlangsung hari ini di Dewan Kuliah Utama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM itu [...]

By |2026-10-22T16:45:36+08:00October 22nd, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

685 peserta hayati inspirasi kepimpinan dan keadilan bersama Mantan Ketua Hakim Negara

NILAI  – Seramai 685 peserta berpeluang menimba pengalaman dan perspektif kepimpinan serta keadilan daripada mantan Ketua Hakim Negara, Tun (Dr.) Tengku Maimun Tuan Mat, menerusi Forum Woman, Justice & Leadership: Suara Wanita Pertama Ketua Hakim Negara yang berlangsung di Dewan Kuliah Pusat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pada 12 Oktober 2026 baru-baru ini. Forum anjuran [...]

By |2026-10-21T17:31:03+08:00October 21st, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

StraComm Clique bantu Yayasan Munarah jayakan Kembara Ilmu SPM 2026 Siri kedua

SEREMBAN – Yayasan Munarah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah, serta StraComm Clique, kelab mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menjayakan Program Kem Kembara Ilmu SPM 2026 Siri 2 di Klana Resort Seremban pada 17 dan 18 Oktober 2026. Program persediaan akademik selama dua hari satu malam itu melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia [...]

By |2026-10-21T15:46:26+08:00October 21st, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM jayakan FIKRA 2026, angkat filem sebagai medium dakwah digital mahasiswa

NILAI – Sebanyak sembilan karya filem pendek mahasiswa dipertandingkan menerusi Festival Filem USIM (FIKRA) 2026, sekali gus menjadikan medium perfileman sebagai ruang kreatif untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat. PrimeCrew Production dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) muncul juara menerusi filem Nanti, diikuti Ruang Rasa Production dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) menerusi Jalan Kita [...]

By |2026-10-21T12:16:23+08:00October 21st, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

USIM terima RM82,000 geran Maybank Islamic, pacu penyelidikan pembiayaan hartanah wakaf

BANGI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menerima geran penyelidikan bernilai RM82,000 daripada Maybank Islamic Berhad bagi menyokong kajian berkaitan pembiayaan akhir (end financing) untuk pembangunan hartanah wakaf. Penyerahan geran oleh Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad, Encik Mohamad Yasin Abdullah, kepada Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, berlangsung sempena Shariah [...]

By |2026-10-20T23:10:42+08:00October 20th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

FOMO atau JOMO? Mahasiswa dididik jadi pengguna bijak

NILAI – Fenomena Fear of Missing Out (FOMO) dan Joy of Missing Out (JOMO) menjadi antara fokus yang diketengahkan menerusi Program Advokasi Kepenggunaan KPDN-MACFEA: “Kita Gempur Mahasiswa” bertemakan “FOMO @ JOMO?” di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 17 Oktober baru-baru ini. Program anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup [...]

By |2026-10-20T17:02:31+08:00October 20th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Raja Muda Perlis rasmikan SWAN 2026, angkat warisan nabawi hadapi ketidakstabilan global

UZBEKISTAN – Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat dan merasmikan Seminar Warisan Nabawi Peringkat Antarabangsa Kali Ke-10 (SWAN X) anjuran Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Samarkand, Uzbekistan pada 7 Oktober 2026 baru-baru ini. Mengangkat tema “Warisan [...]

By |2026-10-20T15:22:19+08:00October 20th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Mahasiswa FPQS USIM Perluas Pengalaman Akademik di Brunei

Pengalaman berada dalam persekitaran akademik yang berbeza boleh membuka perspektif baharu kepada mahasiswa, khususnya dalam memahami bagaimana institusi pengajian tinggi Islam mengurus pendidikan, penyelidikan dan pembangunan akademik. Bagi Ahmad Jazmi Samsuddin, pengalaman selama tiga bulan menjalani latihan industri di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei Darussalam memberi peluang untuk beliau melihat sendiri pengurusan akademik [...]

By |2026-10-20T10:38:39+08:00October 20th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Pelajar Kolej Permata Insan USIM gemilang di persada dunia, ukir pencapaian di Olimpiad Fizik Antarabangsa

UZBEKISTAN – Dua murid Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumkan nama Malaysia apabila masing-masing meraih Pingat Gangsa dan Sanjungan Kehormat dalam Al-Fergani International Physics Olympiad 2026 (FiPho 2026) yang berlangsung di Samarkand, Uzbekistan dari 10 hingga 17 Oktober baru-baru ini. Iman Haziq bin Mohd Haris berjaya meraih Pingat Gangsa, manakala Nurzahra [...]

By |2026-10-20T13:52:40+08:00October 20th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top