About StraComm USIM [Umaina]

This author has not yet filled in any details.
So far StraComm USIM [Umaina] has created 2790 blog entries.

Aktif lebih 150 program, mantan Presiden StraComm Clique raih IPRMSA Excellence Award 2026

PUTRAJAYA – Penglibatan aktif dalam lebih 150 aktiviti dan program sepanjang pengajian membawa Muhammad Akmal Zuhdi Che Mohd Zaini, 24, mantan Presiden Kelab Media dan Komunikasi Strategik (StraComm Clique), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), meraih IPRMSA Excellence Award 2026 dalam bidang Perhubungan Awam dan Komunikasi. Anugerah di bawah IPRM Student Association (IPRMSA) itu disampaikan pada [...]

By |2026-11-20T11:00:39+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Lima beradik dalam bidang kesihatan, graduan pergigian USIM tunai impian ibu

NILAI – Impian seorang ibu untuk melihat kesemua lima anaknya menceburi bidang perubatan dan kesihatan akhirnya menjadi kenyataan apabila anak bongsunya, Nur Faiqah Balqis Roslan, 24, berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Graduan Fakulti Pergigian kelahiran Kuala Terengganu itu melengkapkan legasi profesional keluarganya [...]

By |2026-11-06T18:37:02+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Keterbatasan fizikal bukan penghalang, graduan OKU buktikan kekuatan berdikari

NILAI – Keterbatasan fizikal melibatkan anggota kaki dan tangan sejak lahir tidak menghalang Muhammad Adib Imran, 27, untuk terus berdikari sehingga berjaya menamatkan pengajian dan bergelar graduan pada Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Graduan Sarjana Muda Pengajian Qiraat dengan Kepujian dari Perlis itu membuktikan keazaman dan kekuatan diri mampu menjadi pemacu untuk [...]

By |2026-11-06T17:54:54+08:00November 6th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Gigih bekerja sambilan, graduan USIM ringankan beban keluarga

NILAI – Kecekalan membahagikan masa antara pengajian dan pekerjaan sambilan demi meringankan beban keluarga akhirnya membuahkan hasil apabila Muhammad Ali Zainuddin, 23, dari Kluang, Johor, berjaya menamatkan pengajian dalam program Bioteknologi Makanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan diraikan sebagai graduan pada Majlis Konvokesyen ke-24 USIM. Anak ketujuh daripada lapan beradik itu memilih untuk [...]

By |2026-11-06T08:39:04+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Bergelar Ibu, tak menghalang genggam segulung ijazah

NILAI – Bergelar isteri dan ibu ketika masih menuntut di universiti tidak menghalang Nurin Nabilah Maisarah Mohd Fadhi, 23, daripada meneruskan pengajian sehingga berjaya menamatkan Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Fizik Gunaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Perjalanan akademik Nurin Nabilah menjadi lebih mencabar apabila beliau mendirikan rumah tangga pada semester pertama tahun kedua [...]

By |2026-11-10T08:35:05+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Empat semester, Kelas Pertama: Graduan USIM buktikan laluan diploma mampu percepat pengajian seni bina

NILAI – Hanya dalam empat semester, Muhammad Afif bin Zakaria, 23, berjaya menamatkan pengajian dan mendapat segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dengan Kepujian di Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pencapaian Kelas Pertama, hasil perancangan akademik yang rapi dan disiplin tinggi. Graduan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu menggunakan [...]

By |2026-11-05T22:05:51+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Dua beradik genggam Ijazah pada hari sama

NILAI – Detik graduasi menjadi lebih istimewa buat dua beradik dari Ketereh, Kelantan apabila Nik Qurratu Ain Nabilah Nik Zaid, 23, dan adiknya, Nik Muhammad Nabil Asyraf Nik Zaid, 22, sama-sama menerima ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), 3 November 2026. Qurratu Ain Nabilah merupakan graduan Sarjana Muda Matematik Kewangan [...]

By |2026-11-05T17:35:24+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kekurangan bukan penghalang, graduan USIM genggam Anugerah Pelajaran Diraja

NILAI – Kekurangan bukan alasan untuk berhenti mengejar impian apabila Ahmad Jazmi Samsuddin, 27, membuktikan kecekalan dalam menuntut ilmu dengan meraih Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Ke-24 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Graduan Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), itu berasal dari Selangor [...]

By |2026-11-05T16:20:36+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Kahwin sebelum tamat pengajian, pasangan suami isteri rai kejayaan bersama di USIM

NILAI – Membina rumah tangga sebelum menamatkan pengajian bukan penghalang buat pasangan suami isteri, Muhammad Faisal Kharudin, 24, dan Nur Hidayah Hanizat, 24, apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian dalam program Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) di Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pasangan ini diraikan bersama [...]

By |2026-11-05T21:26:02+08:00November 5th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|

Sarat hamil tujuh bulan bukan penghalang, bekas pensyarah USIM cekal raih PhD

NILAI – Sarat mengandung tujuh bulan bukan penghalang buat bekas pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Rani A/P Sagaran, 36, untuk menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), meskipun terpaksa membahagikan masa antara kerjaya, keluarga dan pengajian separuh masa selama enam tahun. Dr. Rani yang kini berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan Anatomi di Quest International University, Ipoh, [...]

By |2026-11-04T17:18:35+08:00November 4th, 2026|Campus News, Featured Campus News, Highlights News, News|
Go to Top