Pelajar lepasan STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma / Setaraf dijemput untuk memohon kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2018/2019 menerusi Mod Kemasukan Isi Rumah 40% Terendah (B40)

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga (isi rumah) RM3860 dan ke bawah. Pengesahan pendapatan adalah diperlukan (Salinan Slip Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan oleh JKKK / Ketua Kampung).
  • Memenuhi syarat Am dan Syarat Khas mengikut program. Sila rujuk syarat kemasukan mengikut program di laman sesawang usim.edu.my/admission

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • 20 JULAI 2018 (JUMAAT)

 PERMOHONAN

  •  Permohonan adalah melalui Borang yang ditetapkan sahaja. Muat Turun Borang: KLIK DI SINI

 

SILA HANTARKAN PERMOHONAN KE ALAMAT BERIKUT:

JABATAN PEMASARAN DAN KEMASUKAN PELAJAR
Aras 1, Bangunan Canselori
Universiti Sains Islam Malaysia
Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel: 06-797 8626 / 798 8137

Nota: Permohonan yang tidak lengkap / tidak memenuhi syarat atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.