USIM PENERAJU TAWAR KURSUS PENDIDIKAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN BAHASA ARAB
NILAI, 21 SEPT 2016 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini menjadi peneraju dikalangan Universiti Awam (UA) dalam menawarkan kursus melalui platform Massive Open Online Course (MOOC) dengan menggunakan medium Bahasa Arab. MOOC merupakan Koleksi Kursus Terbuka atas Talian yang ditawarkan oleh universiti awam dalam skala besar sama ada secara percuma atau dengan kos minima. [...]