Liqa’ Universiti : Tunjang Pembentukan Kampus Barakah

Pendahuluan Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA) yang diperkenalkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mempunyai beberapa elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar bagi mencapai Skor Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang mahir dalam bidang masing-masing serta mampu memberi manfaat kepada masyarakat serta agama [...]

By |2017-04-13T10:39:56+08:00Mac 30th, 2017|In our words|

KSU KPT rasmi Majlis Pecah Tanah Bangunan FPSK USIM

Nilai, 30 Mac 2017 – Majlis Pecah Tanah Tapak Bangunan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi bertempat di Tapak Bangunan FPSK, USIM. Majlis ini merealitikan hasrat universiti untuk memiliki bangunan fakulti FPSK yang dilengkapi dengan [...]

Ahmad Shaher, Alumni FSU USIM buka firma guaman sendiri

Ahmad Shaher Mohd Fuad, 26 tahun, berasal dari Teluk Intan Perak merupakan anak kedua dari tiga beradik. Beliau adalah salah seorang alumni Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selayaknya perlu dibanggakan apabila beliau kini telah berjaya membina kerjayanya sebagai Peguam Syarie di firma guaman sendiri. Pencapaian cemerlang yang dipamerkan memberi [...]

By |2017-03-31T12:29:19+08:00Mac 30th, 2017|Faces of USIM|

Projek ‘’Cendawan OKU’’ ungguli Kongres Duta Jauhar 3.0

NILAI, 26 Mac 2017 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merangkul Anugerah Emas Terbaik melalui projek pemangkin taraf sosio ekonomi golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam Majlis Anugerah Kongres Duta Jauhar 3.0 baru-baru ini. Duta Jauhar USIM membawa pulang hadiah wang tunai RM 3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penghargaan yang disampaikan Menteri Pendidikan [...]

Ridemore@USIM galak sukan berbasikal pelbagai lapisan umur

NILAI, 13 Mac 2017 - Seramai 300 peserta yang menyertai Kejohanan ridemore@USIM On Road Challenge 2017 yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mereka adalah terdiri dari kalangan pelajar dan staf seluruh IPTA dan IPTS serta penglibatan pelumba professional Malaysia. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi dan Aktiviti Lasak USIM (K-REAL) dengan kerjasama pihak [...]

30,000 pengunjung membanjiri KPTN 2017 Zon Tengah di USIM

NILAI, 25 Mac 2017 – Dijangka 30,000 pengunjung membanjiri Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2017 (KPTN 2017) yang berlangsung selama dua hari di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bermula 25 hingga 26 Mac 2017. Karnival ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan [...]

USIM tubuh Pasukan Khas jayakan penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

NILAI, 22 Mac 2017- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memainkan peranan secara aktif dalam gerak kerja penubuhan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) semenjak diumumkan secara rasmi penubuhannya dalam kenyataan bersama Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi. Selepas kenyataan tersebut dikeluarkan, USIM mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan satu pasukan khas diperingkat Universiti yang diketuai oleh Naib [...]

Pentadbir Universiti boleh main peranan sebagai pencetus perubahan

NILAI, 14 Mac 2017 – Peranan dan fungsi unversiti yang semakin dinamik dan berkembang dengan pantas kini menjadikan peranan kumpulan pengurusan dan profesional yang berada di dalamnya perlu memainkan tanggungjawab yang lebih besar. Selaku pentadbir di dalam universiti, kumpulan ini tidak boleh lagi berada pada fasa memberi kesedaran mengenai dasar-dasar semasa universiti, tetapi berani mengambil [...]

Mizan Park USIM pamer Bangunan Teknologi Hijau Masa Hadapan

NILAI, 15 Mac 2017 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melangkah setapak lagi dalam penyelidikan bangunan lestari teknologi hijau untuk masa hadapan dengan siapnya projek Mizan Park yang dibangunkan di dalam kampusnya. Mizan Park USIM menempatkan satu unit rumah kediaman dan dua unit rumah pejabat yang kesemuanya dibina menggunakan teknologi sistem modular dan rekabentuk oleh [...]

Go to Top