NILAI, 13 Mac 2017 – Seramai 300 peserta yang menyertai Kejohanan ridemore@USIM On Road Challenge 2017 yang bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Mereka adalah terdiri dari kalangan pelajar dan staf seluruh IPTA dan IPTS serta penglibatan pelumba professional Malaysia. Pertandingan ini merupakan anjuran Kelab Rekreasi dan Aktiviti Lasak USIM (K-REAL) dengan kerjasama pihak penganjur iaitu Ridemore Events Resources.

Menurut Pengarah program Mohd Nadzir Abd Manaf, sebanyak 11 kategori yang dipertandingkan iaitu dari lingkungan umur 18 hingga 50 tahun dan sejauh 3.9km dengan empat pusingan di atas jalan raya.
“Antara objektif penganjurannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan disamping mempromosikan sukan basikal di kalangan pelajar-pelajar seluruh Malaysia, menjalinkan kerjasama erat di antara persatuan, kelab dan orang awam”, tambah Nadzir.

“Menjadikan USIM sebagai universiti ‘Mesra Basikal’ dengan mempromosikan laluan basikal dan gaya hidup sihat kepada orang ramai selain menjadikan aktiviti ini sebagai acara tahunan” ujar Prof Dato Dr Musa Ahmad Naib Canselor USIM yang turut menyertai kejohanan.

Turut sertai pertandingan ini Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni).

 

Disediakan oleh:
Noorumaina Mohamed Yunus
Pusat Komunikasi Strategik (StraComm)
Aras 1, Canselori Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Tel : 06-798 8026/8027/6284 Faks : 06-798 8204